CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabil Ahmad "Terduduk" Terlepas Konsert Billie Eilish, Duit Tiket RM2,500 "Hangus" Begitu Saja

20-8-2022 01:03 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 9295| Komen: 95




Demam konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 yang diadakan di Stadium Bukit Jalil, semalam, belum reda dan masih hangat diperkatakan di media sosial.

Namun lain pula nasib yang menimpa pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad yang dikatakan telah kerugian RM2,540 gara-gara terlepas Konsert tersebut kerana menyangka berlangsung dua malam.


Menerusi video perkongsian di TikTok @era.je , Nabil kelihatan terduduk selepas menyedari sudah terselepas konsert tersebut dan dia sudah pun membeli lima tiket untuk dirinya, isteri dan anak-anak.


"Betul, saya tidak perasan tarikh konsert kerana bagai saya, acara itu bukanlah sesuatu yang penting.

"Saya beli lima tiket, Rabu lalu bagi memenuhi permintaan anak-anak. Saya memang fikirkan konsert berlangsung dua hari.

"Anak beritahu kawannya pergi malam tadi, jadi, saya sangka tiket kami bagi persembahan hari ini. Saya sebenarnya keliru antara malam Jumaat dengan hari Jumaat," katanya.

Nabil berkata, dia membeli tiket untuk lima tempat duduk jauh dari pentas.

"Kami belum pernah menonton konsert. Sebelum ini, kami pernah menyaksikan pementasan di Disneyland.

"Disebabkan anak-anak mahu menonton, saya penuhi permintaan mereka. Saya pergi kerana hendak melihat cara produksi antarabangsa bekerja dan bagaimana konsert itu dikendalikan," katanya.

Pagi tadi tular dalam media sosial pemilik nama Haji Ahmad Nabil Ahmad kelihatan terduduk menghubungi isterinya, Nazira Ayub memaklumkan mereka sudah terlepas konsert Eilish.

Biarpun menanggung kerugian, Nabil tetap bersyukur menerima petanda Allah yang mahu melindungi dirinya dan keluarga daripada perkara melalaikan.

"Ramai komen konsert itu sesuatu yang 'lagha' (melalaikan). Saya fikir benda sama. Allah mahu elak kami daripada bersama dengan perkara-perkara seumpama itu dan lindungi kami," katanya.




Malam tadi Eilish, 20, yang turut ditemani abangnya, Finneas yang bermain beberapa alat muzik menghiburkan lebih 25,000 peminat dengan jangkaan kutipan sebanyak RM12.5 juta untuk persembahan selama dua jam. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Racurve 19-8-2022 06:26 PM
Quote Racurve 19-8-2022 06:26 PM
[ig]https://www.instagram.com/reel/ChbNvJCpI_d/[/ig]
Quote MadameOnion 19-8-2022 06:46 PM
Elok la tak pegi haji nabil ooiii..sbb kat fb aku jadi seram tengok org dok komen sapa yg pi konsert tu masuk neraka seolah depa tu confirm masuk syurga..
Quote September14 19-8-2022 06:49 PM
Sajat yg ponen tu pun ckp org yg pergi konsert billie tu bodoh… haha lawak sajat
Quote shernazz 19-8-2022 06:51 PM
Merenung dari kejauhan jelah
Sambil.tengok utube..
Quote dudaberhias 19-8-2022 06:52 PM
billie eilish je pun.. ya ampun gigihnya sampai tersungkur macam terlepas tiket masuk ke syurga...sejujurnya lagu billie tu tak sedap pun... cam panterk pun ada... tapi heshe herlokkk so kaka hadap jah lagu sheols...

Quote badai 19-8-2022 06:56 PM
sapa billie elish.. tak kenal.. hahaha
Quote mayakaren 19-8-2022 07:20 PM
Nasib baik tak pergi. She is not a performer mcm Taylor Swift or JLo ke. Berbaloi sikit bayar tickets.
Quote damian_lee 19-8-2022 07:48 PM
laaaaa …. motip beli
pastu peeling suci
ntahlah dik benda mcm ni pun nak citer
nak validate kat sapa?
Quote Racurve 19-8-2022 07:52 PM
mayakaren replied at 19-8-2022 11:20 AM
Nasib baik tak pergi. She is not a performer mcm Taylor Swift or JLo ke. Berbaloi sikit bayar ticket ...

billie dah menang oscar. taytay hadooo?

[youtube]WN79i29mpNw[/youtube]


Quote doubleharmonic 19-8-2022 08:05 PM
so? ko nak tunjuk apa sebenarnya ni babi? yang ko tu berjubah bagai terus maksum dijauhkan dari konsert tempat maksiat gituh? gegeh rakam sebab nak tunjuk ko tu suci allah tak izin pegi konsert tu ke babi?
Quote doubleharmonic 19-8-2022 08:13 PM
damian_lee replied at 19-8-2022 11:48 AM
laaaaa …. motip beli
pastu peeling suci
ntahlah dik benda mcm ni pun nak citer

kan uols? kita tengok pon nampak fake yach tak rasa nak kesian ke hapa pon? lepas tu nak main sentimen agama lah pakai jubah tuhan tak izin lah bagai eh hello? ko hengat dari nama nabil tu boleh terus hilang huruf L tu ke babi?
Quote umbut 19-8-2022 08:40 PM
Ko beli pastu buat2 lupa pastu feeling suci dari lagha konon.. phuiiiiiiiiiiiiii
Quote exclusive_vvip 19-8-2022 08:53 PM
doubleharmonic replied at 19-8-2022 08:05 PM
so? ko nak tunjuk apa sebenarnya ni babi? yang ko tu berjubah bagai terus maksum dijauhkan dari kons ...

Kannnnn…setakat burnt 2.5k tu apalah sangat pada dia, demi content sanggup jer…lagipun heran gak iols memula tu, ajibil layan ke BE nie..kot Mandy Moore yg dtg, leh gak percaya ajibil nak gi tgk
Quote Nurul_007 19-8-2022 09:00 PM
Sbnrnya niat hati nk pergi kn tp sb viral ostad dn warga netijen dh jatuhkn neraka tpksa lh abil ni cancel acah2 konon terlupa tu lah spa suh jdi maksum sgt.sja nk minta puji buat lh ayat agama.
Quote Minami2013 19-8-2022 09:10 PM
Racurve replied at 19-8-2022 11:52 AM
billie dah menang oscar. taytay hadooo?

Tay tay dpt doctorate...

Lawak pulak tgk nabil dgn uniform tabligh tp tgh frust tak dpt pegi konsert.
Quote makcun14 19-8-2022 09:16 PM
Allah lebih sayangkan tuan haji dan keluarga. Tentu ada hikmah disebalik kerugian besar itu. Takpe duit tu cuma harta dunia yang penting haji nabil sekeluarga tepati syarat pertama layak syurga iaitu tak hadir konsert lagha.
Takbirrr
...
...
...
Begitu hujah netizen feefeeling wakil tuhan.
Quote rayray28 19-8-2022 09:28 PM
Ni bukan kategori humble brag ni..ni dh lain arena dh ni tahapnya..gini pn boleh eh? Janji post di medsoc
Quote Udangpetai 19-8-2022 09:38 PM
Mende lahhh buat content gini. Dah tau sedar diri haji, tak payah ler ada niat nak pergi konsert. Mcm tak masuk akal kejap ikut tabligh, kejap beli tiket konsert. Cringe lahhh tiber record cakap mcm tu

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.147252 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top