CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anna Jobling Tak Nampak Merqeen Cium Dan Dicium Wanita Indonesia, "Saya Simpati Dia Dikecam"

19-8-2022 03:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3096| Komen: 10

Anna Jobling bersimpati dengan aktor lawannya dalam drama popular Melur Untuk Firdaus, Meerqeen yang dikecam teruk netizen selepas tular video saling berbalas ciuman di dahi dan pipi bersama pelawak Indonesia, Kiky Saputri.


Anna yang turut berada di lokasi kejadian ketika menghadiri program hiburan di Indonesia bersama Meerqeen berkata, dia tidak sedar bilakah kejadian ciuman tersebut berlaku sehinggalah pelawak itu memuat naik video terbabit dalam Instagram dan TikTok peribadi miliknya.

Foto: IG

“Saya memang berada di sana ketika itu, tapi saya tidak nampak apa yang mereka lakukan sebab keadaan di sana terlalu ramai.

“Walaubagaimanapun saya simpati dengan Meerqeen sebab dia bukan berniat tidak baik, cuma benda itu nak berlaku dan bukan sesuatu yang buruk. Malah kami mencipta banyak memori manis di sana.

“Kadangkala kita tak tahu apa yang akan berlaku. Ditambah pula dengan perasaan teruja sepanjang berada di Indonesia,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk jamu Mutyara di Puchong.



Menurut Anna, 22, biarpun kadangkala sukar mengawal keadaan ketika dikerumuni peminat, namun dia sentiasa mengambil langkah berhati-hati kerana tidak mahu dikecam.

“Ketika berada di Indonesia kebanyakan peminat wanita meminta izin untuk memeluk Meerqeen. Bagi saya itu adalah perkara yang patut dilakukan bagi menghormati dan menjaga batas.


“Namun, kadangkala perkara itu terjadi di luar kawalan kerana berlaku dengan cepat dan tidak sempat hendak berfikir panjang. Ibaratnya tidak sempat hendak bernafas dan kemudian baru tersedar.

“Tapi saya akan sentiasa mengingatkan diri agar berhati-hati apabila membabitkan soal pergaulan sebab tidak mahu menerima kecaman teruk.

“Cuma saya mungkin beruntung sebab majoriti peminat adalah dalam kalangan wanita dan tidak menjadi satu masalah besar,” kata Anna.


Semalam, kecoh dalam media sosial apabila sebuah video menunjukkan Meerqeen mencium dahi Kiky Saputry yang kemudian membalas semula dengan mencium kembali pipi pelakon itu.

Tindakan pelakon itu menuai rasa kecewa peminat dengan tindakan berani matinya yang kesal kerana dia bertindak melakukan perbuatan sedemikian.



Aksi berkenaan yang dimuat naik Kiky, 28, dalam Instagram dan TikTok peribadi miliknya kemudian menjadi tular sehingga mendapat pelbagai reaksi, terutama dalam kalangan peminat Meerqeen. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 19-8-2022 09:48 PM
Ok SG puas fikir anna mcm muka pernah kulihat… ok muka dia mcm anna hathaway…obviously bila video..kalau gambar je x perasan sgt
Quote rayray28 19-8-2022 10:03 PM
Dh nape laa peminat nk kesal apa bagai..dh mmg mcmtu kan dunia artisnya.. minat jela gitu2 je..bkn smpi nk tentukan perangai kena sekian2..angan2 smpi nk jd isteri plak aduhai
Quote Hoshhi 19-8-2022 10:36 PM
Pasni turn kau plk kena kecam
Quote Belibis 21-8-2022 11:28 AM
rayray28: Dh nape laa peminat nk kesal a ...

Peminat bodow menang gitu..bukan minat dalam filem,tapi semua life retis dia nak campur,sampai tahap retis jual selipar jamban pun nak dibelinya.
Quote nanasno 21-8-2022 11:49 AM
aoesal meerqeen tu pg cium retis yindon tu pun motifnya?cium anna tu takpe la lawo orang nya
Quote cheezel 21-8-2022 12:49 PM
Ig berdua ni dah mcm apa ntah. Semua indon je. So terpaksalah buat gitu nak ambik hati org sana
Quote buragazz 22-8-2022 11:08 AM
Ni kire cam "The higher they climb, the harder they fall" baru diouji2 melambng sekali berdebuk sampai dia dan managernya takleh nak bagi statement dalam melodi.. sabor je la dik...
Quote mamastoney 28-8-2022 07:54 PM
nanasno replied at 21-8-2022 11:49 AM
aoesal meerqeen tu pg cium retis yindon tu pun motifnya?cium anna tu takpe la lawo orang nya

Kot2 kt belakang kamera, keluar berdua2 mmg ada adegan peluk cium dorg berdua, mana kita tau....sbb nampak mcm dorg ni cinlok juga, masing2 pun muda, darah tgh panas
Quote evlinne 28-8-2022 08:24 PM
Anna ni muka punjabi la
X nampak mix kokesennya pun
Btw tahniah anna dah x jobless
Quote Kancilkering 28-8-2022 11:36 PM
ana ni kemain mendonia….ok lah tu …jgn wat perangai minum ke  seksi macam tiada hari kiamat……kira ok le….behave behave sket

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.048756 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top