Ampang Jaya: Bayi lelaki berusia empat bulan maut selepas mengalami sesak nafas akibat kain lampin berada di muka ketika berada di dalam buaian di rumah pengasuhnya di Taman Cempaka, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pada jam 6.30 petang, Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Ampang menerima pesakit bayi berusia empat bulan. Menurutnya, pesakit dibawa dari klinik di Pandan Indah dengan ambulans Hospital Ampang. "Semasa tiba di Hospital Ampang, pesakit sudah tidak bernyawa.
"Bantuan kecemasan diberikan tetapi mangsa menunjukkan tanda-tanda kematian," katanya dalam kenyataan hari ini. Mohamad Farouk berkata, bayi terbabit tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.35 petang. "Punca kematian masih dalam siasatan. "Susulan itu, pada jam 10.30 malam tadi, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya membuat tangkapan terhadap wanita warga Indonesia berusia 26 tahun yang juga pengasuh bayi itu," katanya. Beliau berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah atau dadah. "Keterangan awal suspek memaklumkan mangsa sesak nafas kerana kain lampin dalam buai menutup muka. "Ketika kejadian ibu bapa mangsa sedang bekerja manakala bayi itu dihantar ke rumah suspek untuk dijaga," katanya. Katanya, suspek dibawa ke Mahkamah Ampang pagi ini untuk direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. "Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang merujuk kepada penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ketupatnasi: Peringatan pd yg suka ltk bant ...
tri-max replied at 19-8-2022 11:39 AM
oh my... oh my...
kesiannya baby tu takleh nafas sbb kain lampin kat muka
saviour_09 replied at 19-8-2022 03:28 PM
adoooiiii nak hantar anak ke taska macam mana la nanti ni oiiiiii
hari2 ada je kes
tri-max replied at 19-8-2022 11:39 AM
oh my... oh my...
kesiannya baby tu takleh nafas sbb kain lampin kat muka
Buritan replied at 19-8-2022 04:15 PM
Ibu ibu berhenti ajelaaa.. mak aku ckp dedulu takde dengo pun baby mati.. kalo ade mati pung sbb t ...
syamzana replied at 19-8-2022 04:11 PM
ade kes tiap2 hari ke?ada masuk forum?
iols pun nati dah pindah nak anto anak masuk kindy tp anak ...
tri-max replied at 19-8-2022 04:25 PM
nak berhenti guano kak, tolak campur darab bahagi financial tak stable ni hantar anak kat pengas ...
ketupatnasi replied at 19-8-2022 01:21 PM
Peringatan pd yg suka ltk bantal peluk la bantal busuk la lampin la soft toys la msa budak tido... t ...
Buritan replied at 19-8-2022 04:45 PM
Aku dulu tak mo kawin selagi takde duit.. tup tup laki aku mai.. aku tgk dia ade duit baru aku bra ...
saviour_09 replied at 19-8-2022 03:28 PM
adoooiiii nak hantar anak ke taska macam mana la nanti ni oiiiiii
hari2 ada je kes
ADVERTISEMENT