CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Naya! Adik Guna Nama Saudara Kandung Buat Pinjaman, Lari Tak Nak Bayar Hutang

18-8-2022 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1412| Komen: 6

PETALING JAYA – Tergamak seorang adik apabila menipu menggunakan nama saudara kandung sendiri untuk membuat pinjaman, kemudian melarikan diri tidak membayar hutang.


Kisah tersebut diceritakan seorang pengguna laman sosial pada Facebook Peguam Kebajikan namun, tidak diketahui identitinya sama ada lelaki atau wanita berikutan dia tidak mendedahkan jantina.

Menurut luahan tersebut, dia memberitahu adiknya melakukan perbuatan itu tanpa disedarinya.

Gambar Hiasan

“Adik guna maklumat saya tanpa izin dan tanpa pengetahuan saya untuk dijadikan sebagai penama pinjaman syarikat pinjaman berlesen berdaftar dengan kadar pinjaman yang banyak.


“Kemudian, adik saya melarikan diri daripada membayarnya. Pindah rumah, tidak boleh dihubungi dan menghilangkan diri,” katanya pada hantaran tersebut.

Berikutan itu, pihak peminjam memaksanya untuk membayar hutang tersebut dan dari situ, dia baru mengetahui dijadikan sebagai penama.

“Apa perlu saya buat? Adakah kes ini boleh dibuat laporan polis? Apa patut saya buat seterusnya?

“Adakah kes ini termasuk kes kecurian identiti dan penipuan pinjaman? Adakah perjanjian pinjaman ini sah di sisi undang-undang sedangkan saya tidak pernah beri keizinan,” katanya bertanyakan pendapat orang ramai. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 18-8-2022 11:22 AM
aku pun ada kenal pesen gini. mmg naya si kakak kena kejar dek alaong. bodoh
Quote cikatilia 18-8-2022 11:23 AM
sbb ni la bank dah xnak terima guarantor adik badek ni
Quote Artemesiaa 18-8-2022 11:50 AM
Bukan kes baru dah banyak kali terjadi
Quote akies 18-8-2022 12:39 PM
Adik tarak guna
Quote matbad 19-8-2022 11:18 AM
mcm aku, kakak aku. dia sakit hati kt aku, nama bil fon, unifi dia biar tak byr sampai jd beriban.pihak tm dah cll pending 2k lebih. nk kena settle bulan ni tdk jd kes mahkamah. bila aku ceta, depa mntak aku buat report polis atas salah guna identiti
Quote margo20 19-8-2022 11:20 AM
Apa nama adik dia tu sila viral kan

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.155298 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top