View: 995|Reply: 6
|
Naya! Adik Guna Nama Saudara Kandung Buat Pinjaman, Lari Tak Nak Bayar Hutang
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Tergamak seorang adik apabila menipu menggunakan nama saudara kandung sendiri untuk membuat pinjaman, kemudian melarikan diri tidak membayar hutang.
Kisah tersebut diceritakan seorang pengguna laman sosial pada Facebook Peguam Kebajikan namun, tidak diketahui identitinya sama ada lelaki atau wanita berikutan dia tidak mendedahkan jantina.
Menurut luahan tersebut, dia memberitahu adiknya melakukan perbuatan itu tanpa disedarinya.
 Gambar Hiasan
“Adik guna maklumat saya tanpa izin dan tanpa pengetahuan saya untuk dijadikan sebagai penama pinjaman syarikat pinjaman berlesen berdaftar dengan kadar pinjaman yang banyak.
“Kemudian, adik saya melarikan diri daripada membayarnya. Pindah rumah, tidak boleh dihubungi dan menghilangkan diri,” katanya pada hantaran tersebut.
Berikutan itu, pihak peminjam memaksanya untuk membayar hutang tersebut dan dari situ, dia baru mengetahui dijadikan sebagai penama.
“Apa perlu saya buat? Adakah kes ini boleh dibuat laporan polis? Apa patut saya buat seterusnya?
“Adakah kes ini termasuk kes kecurian identiti dan penipuan pinjaman? Adakah perjanjian pinjaman ini sah di sisi undang-undang sedangkan saya tidak pernah beri keizinan,” katanya bertanyakan pendapat orang ramai. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun ada kenal pesen gini. mmg naya si kakak kena kejar dek alaong. bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
sbb ni la bank dah xnak terima guarantor adik badek ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan kes baru dah banyak kali terjadi |
|
|
|
|
|
|
|
Adik tarak guna  |
|
|
|
|
|
|
|
mcm aku, kakak aku. dia sakit hati kt aku, nama bil fon, unifi dia biar tak byr sampai jd beriban.pihak tm dah cll pending 2k lebih. nk kena settle bulan ni tdk jd kes mahkamah. bila aku ceta, depa mntak aku buat report polis atas salah guna identiti |
|
|
|
|
|
|
|
Apa nama adik dia tu sila viral kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|