CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Didakwa Pembawa Dosa, Jadi Lubuk Maksiat- Ani Maiyuni Mohon Jangan Hina Kerjaya Dangdut

18-8-2022 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1899| Komen: 18

Ani Maiyuni, 44, berpendapat golongan selebriti sentiasa terbuka menerima teguran, namun jangan keterlaluan sehingga sanggup memandang rendah dan menghina kerjaya pilihan mereka.


Peserta program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu berkata, dia terkilan apabila kerjaya seni sering dilihat sebagai lubuk maksiat, sedangkan mereka tidak pernah mempertikai kerjaya orang lain.

Foto: IG

“Boleh beri teguran, tapi jangan sampai menghina. Walaupun bukan saya yang ditegur secara langsung, saya tetap tersinggung kerana saya juga penyanyi dangdut. Kata-kata yang dilemparkan sesetengah pihak bagaikan penghinaan.

“Kami mungkin boleh  menerimanya, tetapi mereka kena ingat kami juga ada anak-anak dan keluarga yang barangkali terkesan dengan teguran kasar itu.




“Bagaimana jika anak-anak kami diejek di sekolah hanya kerana kerjaya ibu mereka sebagai penyanyi dangdut?

“Saya tidak pandai bab agama, tetapi kehidupan setiap manusia ada ujian yang tersendiri. Nafsu adalah satu ujian. Berkata-kata mengikut nafsu juga ujian, namun terpulang apakah teguran yang kita sampaikan itu membawa kebaikan atau sebaliknya,” katanya.

Mengulas isu Ifa Raziah yang dikecam pendakwah dan netizen gara-gara bergelek sakan ketika membuat persembahan di sebuah majlis, baru-baru ini, Ani berkata, perkara itu perlu dilihat dari pelbagai sudut.



Penyanyi lagu Sedap itu juga tidak menolak mungkin Ifa terlalu emosi ketika meluahkan perasaannya, namun segelintir pihak tidak sepatutnya jadikan ia ruang untuk melabel kerjaya penyanyi dangdut sebagai pembawa dosa.

“Saya menyanyi sebab nak bantu suami dan keluarga. Gaji suami tidak besar, sementelah kami ada anak-anak yang masih bersekolah. Itu niat saya. Setiap kerjaya ada peranan masing-masing.



“Jangan mudah menghukum orang. Pokok pangkal, niat kita apa. Saya menjadi artis dangdut untuk cari duit dan hiburkan orang. Ada juga kerja amal yang kami lakukan, tetapi orang tidak nampak.

“Jangan cuma lihat apa yang artis buat ini sebagai maksiat dan dosa semata-mata kerana setiap kita mempunyai peranan serta tanggungjawab tersendiri selagi masih bernafas,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 18-8-2022 11:27 AM
mmg betoi pon, kihkih. kak ani bila nak pakai tudung?
Quote akik 18-8-2022 12:01 PM
dah tua tak payah la nak sakan bergelek lagi. buruk kot. contohilah penyanyi dangdut indo, via vallen.
walaupun muda dan cantik, dia perform pakai sopan, takde gelek2 pun. ni yang tua renta badan dah out macam ani ayuni dgn ifa raziah tak sedar diri lagi ke
Quote Kurex 18-8-2022 12:15 PM
Iols tengok, kebanyakkan peminat dangdut, mesti dari kalangan sangkak, perangai pprt
Quote makton 18-8-2022 12:23 PM
terkejut aku tgk gambar dia sorang2 tu. igtkan bapok mana tadi
Quote buragazz 18-8-2022 12:41 PM
Oii dia ni dulu masa zaman2 kegemilangan budak2 pempuan offie aku sampai naik geli tgk dia bergelek time annual dinner kita orang dia bukan gelek standard tu gelek dia turun naik turun naik tu..
Quote soulmatte 18-8-2022 01:19 PM
Kalau dh jahil tu.. Komen mcm takde agama.. Ko buat amal jariah dari hasil mungkar gelek2 atas pentas lepas tu buat umrah.. Jgn mimpi lah dpt pahala. Semoga sempat bertaubat sebelum maut menjemput or else bergelek lah depan mungkar nangkir nnt yer
Quote mamaazim 18-8-2022 01:29 PM
kak ani, kita sebagai manusia biasa ni pun rasa malu tengok kak ani bergelek2 tu..
Quote Dolmat 18-8-2022 01:33 PM
Bila dengar lagu sedap Oh sedap pun macam double meaning ehhhhh....  
Quote shida81 18-8-2022 01:44 PM
Dah tua2 tukar lah genre...  Kesian kat ank2 tu
Quote laksmanabentan 18-8-2022 01:56 PM
ko diam2 jer la kak weeeyy....
tak payah nak merempam sgt boleh tak....
Quote makcun14 18-8-2022 02:00 PM
Ala golongan melayu. Dangdut dihina low class dan murahan  tapi kat rumah laki ko layan porno. And  keji penggiat dangdut macam la ko konfem masuk syurga ken .
Quote she 18-8-2022 02:12 PM
Musik dangdut ni sedap dan teda masalah pun
Dia catchy
Tapi penyebab genre ni dipandang rendah adalah lirik dan joget penyanyi tu

Dah kalau kau menari mengelibas macam ular berzumba
Memang lah dikeji
Orang bukan keji lagu tu
Orang keji kauuuu
Quote sunshinelady 18-8-2022 07:15 PM
she replied at 18-8-2022 02:12 PM
Musik dangdut ni sedap dan teda masalah pun
Dia catchy
Tapi penyebab genre ni dipandang rendah adala ...

hhahhhhHhHH. kakakkaka lawak betul ni. i like.
dia paham kot ayat kau ni. tu sebab dia mohon jgn keji penyanyi dangdut.
Quote September14 18-8-2022 07:21 PM
Yg nynyi dangdut ni mmg nmpk agak low class lah
Quote RinIna 19-8-2022 11:18 AM
Diamlah makcik.. jahil sangat kau ni
Quote sleepandream 19-8-2022 05:01 PM
btw skrg ada lagi ke kelab dangdut?
Quote CikYaYaYa 19-8-2022 09:18 PM
bawak3 laa tukar genre iff diri tu dah kertu..
Quote CikYaYaYa 19-8-2022 09:18 PM
halah2 sibok jgk diaaa nak interframee

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.122439 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top