CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kerja Chef Je, Macam Mana Brooklyn Beckham Mampu Beli Kereta Mewah?

18-8-2022 08:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4474| Komen: 35

Seorang pesohor media sosial mengutarakan soalan ‘panas’ kepada anak bekas bintang bola sepak terkenal, David Beckham dengan bertanyakan mengenai pekerjaannya yang membuatkan dia mampu memandu kereta mewah berharga £1.2 juta (RM6.5 juta).


Menurut laporan akhbar Metro UK, Brooklyn Beckham tampil dalam kandungan video bintang TikTok dan Youtube, Daniel Mac pada minggu ini.


Foto: Windobi

Mac dikenali kerana sering mendekati individu yang memandu kereta mewah dan bertanya mengenai pekerjaan mereka dalam usaha untuk mengetahui bagaimana kenderaan itu mampu dibeli.

Anak lelaki kepada David Beckham dan bekas ahli kumpulan Spice Girls, Victoria yang berusia 23 tahun itu dirakam memandu kereta McLaren P1 burgundy di Hollywood, yang dikatakan milik bapanya.

Brooklyn yang tinggal di kawasan itu bersama isterinya, Nicola Peltz, 27, kelihatan gembira menjawab soalan Mac.

“Hai, apa yang anda lakukan untuk menyara hidup? Kereta anda hebat,” tanya Mac.

Setelah mengecam wajah Mac, Brooklyn memberhentikan kereta dan menjawab: “Saya kenal anda. Saya seorang cef.”


Foto: The Independent

“Adakah kamu chef terbaik di dunia,” tanya Mac.

“Sedang cuba untuk menjadi yang terbaik. Ikut sahaja minat anda. Apa sahaja yang menggembirakan anda, terus lakukannya,” balas Brooklyn. 

Brooklyn pernah berkecimpung dalam bidang peragaan dan fotografi sebelum ini. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 18-8-2022 08:44 AM
toksah la pura2 tanya soklan mcm tu kat dia.. acah2 xtau pulak parent, parent in law n wife dia sape.
Quote Tembikaigoreng 18-8-2022 08:46 AM
Terpaksalah self claim diri tu chef kan... Setakat video masakan begitu aduiii... Yelah parents kau popular....
Quote kucingitam 18-8-2022 08:51 AM
ape ke tengin yang taya soala ghoper itu...aduh
Quote hareeeesah 18-8-2022 11:02 AM
Ala ni mcm yg tanya mizz nina keje apa la juge… dia jadi bod pun cukup je mkn, share investment sana sini byk lg duitnye… they ol ni sure dah fikir jauh, investment for long term.. bukan ifa raziah eh…
Quote greantea 18-8-2022 11:23 AM
tips nya. parent dan parent in law KAYA
Quote Mini.Me 18-8-2022 12:45 PM
hareeeesah: Ala ni mcm yg tanya mizz nina  ...


Kannn...pastu p compared bapa MN ngan kuin kepam...apooo
Quote gideoncross 18-8-2022 02:50 PM
Tembikaigoreng replied at 18-8-2022 08:46 AM
Terpaksalah self claim diri tu chef kan... Setakat video masakan begitu aduiii... Yelah parents kau  ...

Ummah Briton mmg gelakkan heol ni.
Quote akuHavocczz 18-8-2022 04:22 PM
jawapan dia ada dekat last name dia
Quote musangbodoh 18-8-2022 04:30 PM
jo low aku rasa akann jwb- sy kuat kincing
Quote borrow 18-8-2022 04:45 PM
dh byk kali tukar haluan. Agak brp lama bertahan jd chef.
Quote Tembikaigoreng 18-8-2022 04:46 PM
gideoncross replied at 18-8-2022 02:50 PM
Ummah Briton mmg gelakkan heol ni.

Nasib Bini kayoo
Quote prettyuglybabe 18-8-2022 06:01 PM
abih.. takkan nak jawap egg shaker
Quote Donaldsonnicol 18-8-2022 06:26 PM
Edited by Donaldsonnicol at 19-8-2022 12:54 PM

This is very funny.
Mynordstrom Employee Login




Quote gideoncross 18-8-2022 07:02 PM

Bini heol c Nicola tu pun sma, sendu tpi psl ada bapak kaya je jdi relevant. Some said Nicola ni xde kwn in Hollywood sbb snobbish.
Quote whimsicalmusic 18-8-2022 08:38 PM
Die ni kalo jd model pn very the below par..aku xleh tgk ade artikel psl die ni..aku rasa die ni kalo bkn sbb parents n in laws mmg bkn sape2 ngn rupa paras below par tu hahahhaahah
Quote delia3003 18-8-2022 08:38 PM
Tembikaigoreng replied at 18-8-2022 04:46 PM
Nasib Bini kayoo

Takde beza pun Brooklyn dengan Nicola bini dia tu, dua2 pun hidup mewah sebab parents jutawan/hartawan, beza nye bapak Nicola tu berganda lagi kaya je.
Quote Lagubestbest 18-8-2022 08:44 PM
nasib baik dia tak jawab dia "model". hihi.
Quote gideoncross 18-8-2022 08:50 PM
Lagubestbest replied at 18-8-2022 08:44 PM
nasib baik dia tak jawab dia "model". hihi.

Model cheapskate je haha, yg heol jdi model Superdry tu dh pcah rhsia hri tu yg mak heol c Victoria yg dptkn contract & buknnya heol yg apply sndri. La ni heol dh d kluarkn dri Superdry sbb Superdry bgithu heol ni pmalas & x prnh dtg ke sesi photoshoot deyol & recently heol brlagak bgithu yg heol cuma nak jdi model utk Gucci je.
Quote gideoncross 18-8-2022 08:51 PM
delia3003 replied at 18-8-2022 08:38 PM
Takde beza pun Brooklyn dengan Nicola bini dia tu, dua2 pun hidup mewah sebab parents jutawan/hart ...

Ada komen kat DailyMail bgithu Nicola ni xde kwn dlm Holiwud sbb prangai snobbish sheol. Brooklyn ni ngam dgn sheol sbb Brooklyn snggup d keldai kan.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.037302 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top