CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Setahun Nubhan Ambil Masa Bina Karektor ‘Mak Jenny

18-8-2022 07:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6722| Komen: 61

Penyanyi dan pelakon, Ahmad Nubhan Ahamad semakin menjadi sebutan ramai apabila selalu berkongsi video gelagat ibunya Badariah Omar atau dikenali sebagai ‘Mak Jenny’.


Nubhan berkata, setiap perancangan kandungan pengisian yang dibuat akan diteliti terlebih dahulu agar tidak melampaui batas.


IG Nubhan

Menurutnya, beliau dan pasukannya akan memastikan setiap pengisian yang dibuat sama ada menerusi Facebook mahupun YouTube mempunyai mesej yang baik kepada penonton.

“Saya mengakui pengisian yang dibuat adalah lebih kepada mempromosi dan menjenamakan produk jualan, namun dalam pada masa sama ianya mempunyai mesej untuk kita mengingati ibu bapa kita,” katanya ketika menjadi panel pada program Kompas Rasuah Busters bertajuk Perang ‘content’ Media Sosial.


Nubhan yang kini bergelar usahawan berkata, beliau mengambil masa setahun untuk membina karektor ibunya sebagai ‘Mak Jenny’

“Ibu saya sudah tua, umurnya 76 tahun dan tak larat, jadi penggambaran banyak buat di rumah dan di kampung sahaja.

"Ianya berkonsepkan famili jadi keterujaan itu menyebabkan ramai penonton yang teringatkan keluarga di kampung,” katanya.

Tambahnya lagi, video yang dibuat banyak memaparkan unsur kasih sayang dengan keluarga terutama ibunya.

Malah, layanan mesra Nubhan terhadap ibunya juga membuka hati ramai untuk lebih menghargai ibu bapa.

“Memang saya akui ada penonton saya yang terjentik hati dia bila melihat video kemesraan saya dan emak dan paling penting saya dapat buktikan keluarga itu bukan perkara meremehkan,” katanya,

“Saya cuba menginspirasikan orang untuk berjaya dan pernah paparkan video saya belikan emak beg berjenama bukan untuk menunjuk, tetapi ianya mahu menonjolkan penghargaan seorang anak kepada ibunya dan bukan hanya dinilai pada wang ringgit semata-mata,” katanya.



Tegas Nubhan, kejayaan pengisian yang dipaparkan bukan terletak pada jumlah tontonan yang tinggi sebaliknya nilai pengisian yang dipaparkan.

“Hendak menginsipirasikan orang, ‘content’ kena betul-betul ada ‘value’ baru sukses.

“Kalau saya berhambakan keuntungan sampai jejaskan nama baik keluarga itu tidak ada harga diri namanya.

“Saya selalu berpegang kepada prinsip bukan mencari rezeki, tetapi menjemput rezeki untuk datang, jadi saya cuba elak untuk siar sesuatu yang nampak keterlaluan kalau ada unsur sebegitu, maka saya tidak akan siarkan walaupun proses penggambaran dan suntingan sudah selesai.

“Saya tidak mahu meraih perhatian daripada keburukan yang dibuat kerana setiap ungkapan yang keluar daripada penonton adalah doa," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 18-8-2022 07:44 AM
Penat2 masuk AF, ujung2 ini je la ko mampu buat. Syukur bini ko doktor.
Quote chandrahusin 18-8-2022 07:47 AM
Tapi klu tengok Mak Jenny
Teringat arwah Mak sndr
Quote bulalof 18-8-2022 07:49 AM
ibu dan isteri tempat bergantung....
Quote cap_ayam 18-8-2022 07:53 AM
Semoga Mak Jenny sihat selalu
Quote makton 18-8-2022 08:01 AM
kalau dah tahu mak tak larat, kurang2 kan la guna dia sbg content.. kesian jugak tgk mak jenny berjalan kulu kilir ikut anak dia ni. mujur anak dia sanggup tolak kerusi roda tu.

andai kata mak jenny dah takde, nubhan dah takde content la ehh?? tanya je.
Quote NazRysha 18-8-2022 08:44 AM
meluat dia dgn bini dia
Quote arffa 18-8-2022 08:53 AM
dua_chzy replied at 18-8-2022 07:44 AM
Penat2 masuk AF, ujung2 ini je la ko mampu buat. Syukur bini ko doktor.

AF tu dia bina nama, kalau dia tak join AF takdo la orang kenal biz pun sendu la.
Quote prince_marhaen 18-8-2022 08:54 AM
TAKDE LAH KERJA KERAS SANGATTTT.... wife pun doktor, dah secure kat situ.... lepas tu guna mak untuk content, walaupun kau sedar mak kau dah tua dan tak larat...tetap usung ke sana ke mari demi content... kalau betul kerja keras, guna jenama nama sendiri tengok level sukses macamana boleh achieve..
Quote MelahJanda 18-8-2022 09:01 AM
masalahnya sambal ni tak sedap
Quote lasagna 18-8-2022 09:13 AM
ahhh gitu lahh yaaa.. nubhan kerekter Mak Jenny (watak mak dia).
yg ryan bakery tu plak kerekter kanak2 masa kecik (kenangan mnjd bdk2).
Quote misz_sanggul 18-8-2022 09:25 AM
prince_marhaen replied at 18-8-2022 08:54 AM
TAKDE LAH KERJA KERAS SANGATTTT.... wife pun doktor, dah secure kat situ.... lepas tu guna mak untuk ...

rs wife die dh lama brenti doc kan syg je bljr pndai2 n ssh end up buat content je..
dulu ms nk kawen pun die asik jual produk pe nth jwita ke ape..
x tawla x pnh tgk youtube die aka mak jenny ni


Quote cmf_shya 18-8-2022 09:28 AM
misz_sanggul replied at 18-8-2022 09:25 AM
rs wife die dh lama brenti doc kan syg je bljr pndai2 n ssh end up buat content je..
dulu ms nk ka ...

wife dia masuk klnik private kan..sbb duk follow mak mertua nubhan..nubhan n wife xfollow plak..hahaha..suka tgk mak mertua dia..org educated..dulu depa promote serum lantara.. ka apa ntah nama


Quote mizruncing 18-8-2022 09:52 AM
suka dgr mak dia ckp nismilan
Quote Nunie 18-8-2022 09:53 AM
1 je nk Komen..sy setuju dgn semua komen2 chuols di sini..hihihihihi
Quote dua_chzy 18-8-2022 10:01 AM
arffa replied at 18-8-2022 12:53 AM
AF tu dia bina nama, kalau dia tak join AF takdo la orang kenal biz pun sendu la.

Budak2 muda belum SPM pun mampo jadik influencer instapemes bagai sis. Tak perlu AF pon.
Quote dua_chzy 18-8-2022 10:02 AM
MelahJanda replied at 18-8-2022 01:01 AM
masalahnya sambal ni tak sedap

Ada ke sambal socmed online yang sedap sis. So far belum ai jumpa. Sambal si Khairul Aming tu pun ai tak suka.
Quote opie5662 18-8-2022 10:11 AM
Nubhan ni sebenarnye pon educated jgk. Sayang berhenti keje dlu. Tp ye la.. Maybe bkn passion die. Tp aku ok je content ngan mak die. Sesuai la utk org2 tua mcm mak2 kita tgk n terhibur. At least ade la content yg ok utk totonan warga emas. Walaupon kdg2 sian nampak mak die penat. Dr tgk content mak alip belut, baik tgk mak jenny ni
Quote adeqbun 18-8-2022 11:25 AM
contentnya menghiburkan..ade isi,ade pengajaran..dan rasa sayu sgt2..tingat arwah opah ai...drpd content influencer yg tah pape tu..
Quote akik 18-8-2022 11:47 AM
ok je aku tengok dia guna mak dia as content? at least ada usaha, bukannya dia melacur pun

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.097349 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top