Oleh Fyruz Hanna Apa sebenarnya yang anda rasa saat ditinggalkan? Tiada siapa mampu beri rasa yang betul-betul dapat digambarkan ketika anda ditinggalkan. Tak mampu berkongsi perasaan secara terbuka, mungkin kerana malu, atau kerana takut luka datang kembali..
1. ....Padamu aku sempat percaya. Dalam banyak hal kau lah yang pertama... Siapa diantara kita yang akan mula bicara? Siapa yang sanggup berkongsi waktu? Siapa yang pertama kali memberi keyakinan kita memang lebih baik bersama?
Padamu, aku sempat percaya. Walau apa pun, kita pernah membuat satu sama lain bahagia. Kau adalah orang yang dalam banyak-banyak... yang pertama. Walaupun kau mungkin mudah lupa. Hingga saat ini aku masih ingat detik-detik mula kita jumpa. Pandanganmu saat mengakui kau cintakan aku, tawamu, bicaramu tentang masa lalu dan di dalam matamu yang mengharapkan aku di masa depanmu. 2. ...... Kau telah hilang satu-satunya teman hidup. Tak akan ku buang waktu hanya untuk teruskan harapan... Jujur, kau lah yang terlihat kuat dan elok sahaja. Memang benar, kerana bukan kau yang ditinggalkan tiba-tiba. Sudah berapa kali kau siapkan diri untuk pergi dari hubungan ini. Yang jelas nanti, diri mu lebih sedia dibandingkan diriku yang memang tak pernah menyangka. Tapi asal kau tahu. Di antara kita, kau lah yang banyak kehilangan kerana memutuskan hubungan. Dan jika kau terlalu naif untuk mengerti, sedarlah akulah yang setia menemanimu, setulus jiwaku. Bukan kini, tapi nanti. Kau datang kembali. Untukmu aku tiada lagi. 3. ....Aku yakin kita akan baik-baik sahaja tapi salah seorang dari kita pasti menyesali perpisahan yang ada... Aku bukanlah gadis yang mendoakan yang tidak baik buatmu. Tidak terfikir untuk kembali memohon simpati. Cuma, satu ketika nanti, apabila aku pergi, aku akan henti peduli. Kerana masih ramai lagi yang ku punya selain kau. Masih jauh lagi cerita untuk diriku di masa hadapan. Untuk kau yang pernah menjadi cinta... Terima kasih kerana telah tunjukkan mudahnya dirimu mengakhiri sesuatu. Akan datang satu masa nanti, kau tertanya-tanya khabar ku. Kau akan lintasi tempat-tempat yang pernah kita jejak. Kau adalah nostalgiaku... masa silamku.. Hanya salah seorang dari kita akan menyesali perpisahan ini. Dan aku berjanji, hari demi hari, aku yakin aku lebih tidak peduli... tentang mu... tentang kita. Satu saat nanti, kau akan tau, kau salah meninggalkan aku. -CARI Infonet.
|
20
Bagus |
15
Marah |
26
Terkejut |
20
Sedih |
12
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cik_tonggek replied at 20-8-2015 11:32 AM
ya dan aku pernah melalui episod itu
bertitik kepergianmu itulah, aku digantikan dengan insan yang ...
ADVERTISEMENT