CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Anda Yang Baru Berkahwin, 8 Teknik Berguna Untuk Anda

14-8-2015 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 19266| Komen: 24

Description: Anda dan pasangan anda hendaklah tahu kedudukan kewangan anda sebelum berbelanja...
Oleh Fyruz Hanna


Selepas sah sahaja pasangan yang bercinta setelah sekian lama bernikah, maka terbinalah satu tanggungjawablain. Jadi apakah persediaan pasangan baharu untuk menempuh alam perkahwinan:

1. Berwaspada Ketika Berbelanja

Anda dan pasangan anda hendaklah tahu kedudukan kewangan anda sebelum berbelanja. Umumnya, wanita lebih arif tentang keperluan di rumah berbanding lelaki, ia secara tidak langsung akan mendedahkan wanita kepada berbelanja lebih daripada kemampuan mereka.


Belilah keperluan rumah,contohnya perabot, secara berperingkat dan utamakan yang penting dahulu.

2. Rujuk Orang Berpengalaman

Rujuklah daripada buku-buku yang berunsurkan pengurusan kewangan, majalah mahupun orang yang mempunyai pengalaman berkahwin terlebih dahulu daipada kita, seperti ibu bapa,adik beradik ataupun sahabat handai kita.

Anda hendaklah meminta pandangan daripada orang yang arif tentang kewangan, bukannya daripada orang yang hanya pandai berbelanja mewah dan bersikap boros kerana pasti tak ubah seperti ketam mengajar anaknya berjalan.

3. Tetapkan Matlamat selepas berkahwin

Lumrah selepas berkahwin, setiap pasangan akan merancang untuk mengumpul dan mempunyai aset mereka sendiri seperti rumah, tanah, kereta dan lain-lain lagi untuk memulakan hidup berkeluarga yang baru.

Tetapkan matlamat anda untuk jangka masa pendek dan panjang. Pihak lelaki mempunyai tanggungjawab lebih sebelum berkahwin kerana mereka perlu meyediakan segala-galanya selepas berkahwin.

4. Agihkan Pendapatan

Setelah mengetahui jumlah pendapatan masing-masing, anda boleh mengagihkan perbelanjaan bulanan mengikut keutamaan. Utamakan keperluan yang penting, seperti keperluan asas, keperluan harian dan bil-bil.

Belilah barang-barang kehendak seperti perabot, perhiasan dalaman dan peralatan elektrik jika benar-benar perlu. Agihan untuk simpanan juga perlu dilakukan untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Pelaburan jangka panjang juga disarankan perlu dirancang untuk kesenangan pada masa depan.

5. Rekod Perbelanjaan

Ramai pasangan mampu membuat pelan pekahwinan dengan baik, tetapi tidak ramai yang mampu melakukan rekod perbelanjaan dengan baik dan konsisten.

Rekod perbelanjaan penting kerana anda boleh menilai rekod perbelanjaan anda dan pasangan anda, sama ada ia mengikut perancangan yang ditetapkan atau melebihi dari jangkaan anda.

6. Kerap Berbincang Bersama

Berbincang suami isteri berfungsi untuk memastikan suami atau isteri mengikut pelan perancangan yang dilakukan dan memastikan perbelanjaan menjadi tidak berat sebelah. Ia bukan hanya akan menolong anda menetapkan kedudukan kewangan keluarga, namun juga mengeratkan hubungan suami isteri sebagai satu pasukan .

Komunikasi yang terjalin dalam mesyuarat akan membina kepercayaan suami isteri serta menolong masing- masing agar berhenti bimbang tentang wang . Dicadangkan agar perbincangan kerap diadakan supaya segala permasalahan dapat dihadapi.

7. Keluar daripada Bebanan Hutang

Ini adalah titik kritikal di dalam pelan pengurusan kewangan, khususnya selepas berkahwin. Sedangkan sebuah institusi syarikat yang besar juga oleh jatuh dengan hutang.

Bincang dan tentukan bagaimana cara untuk melangsaikan hutang anda, seperti hutang rumah dan kereta. Seelok-eloknya hendaklah dibayar secara berperingkat-peringkat dan konsisten.

8. Kumpul Duit Lebihan

Ramai yang menganggap bahawa duit baki syiling yang kita dapat apabila membeli barang dapur atau barang keperluan kurang membawa faedah kepada kita. Bak kata peribahasa Melayu, “sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Jika anda kumpul dengannya melalui menabung, tidak mustahil ia akan mencecah sehingga ratusan ringgit. Mungkin ia sesuai digunakan semasa kecemasan tau kemalangan yang tak diduga.

CARI Infonet.

Sumber dipetik dari: wom.my

13

Bagus
17

Marah
16

Terkejut
13

Sedih
15

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hAzEL^nut 13-6-2011 09:35 PM
thanks for sharing..

semoga allah merahmati kita sekeluarga. amin.
Quote zulka 14-6-2011 11:33 AM
terbaik....
Quote anaryu 14-6-2011 11:37 AM
terima kasih atas tips yang diberikan.....

semuanya adalah realiti yang kita lalui tiap2 hari....

Kalo semua orang amalkan tips2 ni saya pasti kluarga di Malaysia akan tambah bahagia lepas ni...anak-anak juga akan lebih terjaga dan terhindar dr masalah2 sosial....

amin...
Quote zulka 14-6-2011 11:39 AM
tambah bahagia dan bertambah ramai...hehe
Quote haticantik 14-6-2011 12:25 PM
Tq...terbaik dari ladangg
Quote akkula 14-6-2011 12:52 PM
thanks tuan tanah..akan aku baca tips2 ko bagi ni..
nt da kawen boleh la praktik kan..
Quote buangmasa 14-6-2011 01:11 PM
Post Last Edit by ParinAmat at 14-6-2011 17:15

bagus nie..tapi kalau namanye laki tu jantan kabaret, aku syorkan korang baca buku "why men likes b*tches"..ha..baru ada buku bertemu ruas..
Quote tembikai 15-6-2011 08:19 AM
time kasih atas info yg bergune nih.....
Quote mariamaria 15-6-2011 08:47 AM
Suami pun kena berhias jgk kalau kat rumah...kalau asyik pakai tshirt pagoda koyak dgn kain pelikat....pastu perut pun boroi...isteri tgk pun tak berselera...
Quote ogata 15-6-2011 11:57 AM
baca tips tu rasa teringin nak tawin lah..hihi..p xda colan colan lagi
Quote yayangmama 16-6-2011 01:09 PM
wa...bagusnye..
tq 4 sharing
Quote wawa84 16-6-2011 01:34 PM
i loikeeee
Quote sym82ss 19-6-2011 10:58 AM
tq for sharing..................
Quote moyas 19-6-2011 11:55 AM
x semua yg kita harap akn kita dpt dari pasangan. begitu juga pasangan dgn kita. ssah nk mmenuhi citarasa pasangan masing.
Quote mamatarosan 20-6-2011 10:27 AM
1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beria ...
lelakiitu Post at 12-6-2011 15:48


bagus info...
kalo time bercinta dulu sanggup apa je, dah kawen ni patutnya lagi lebihlah kan?
harap TT pun sama2 praktikkan toeri yg diberikan...
mekasih atas 'pesanan orang2 tua' ni..
Quote msatyea 29-7-2011 04:15 PM
teringin nak berjemaah ngan somi..huhuhuhu...

tips dah bagus tapi tak semua pasangan mampu nak dapat semua tu huhuhuuhu its take 2 to tango...
Quote auntymelly 23-2-2012 01:52 PM
ada petua yg org tua penah bg dlu.. tiap2 pagi sblom somi pg keje, plok die kuat2.. pastuh lpskan la.. hihi... sblom tido salam somi.. n hari2 mst kiss.. sehari skali pon ok la..
Quote KakManja 1-3-2013 06:04 PM
Insy I akan amalkan.. mudah mudahan..
Quote meen85 18-3-2013 03:35 PM
Tumpang iklan
Sabun Manjakani Lutsinar RM 40

Khasiat:
1. Awet Muda : Antioksidan dlm manjakani bole melambatkan proses penuaan sel.

2. Menegang & Mencantikkan Kulit : Astrigen dlm manjakani boleh mencantikkan kulit & mencegah jerawat.

3. Mengecutkan jerawat pada muka.

4. Menghilangkn/ memudarkan parut @ kulit gelap. (Boleh digunakan utk m'hilangkan hitam2 celah ketiak/ kelangkang @ pelipat-pelipat).

5. Sesuai utk kulit kering & berminyak : Astrigen juga dpt mengawal kulit kering & berminyak.

6. Mengecutkan tisu-tisu dalaman faraj terutamanya bagi yang baru lepas bersalin.

7. Mencegah bau yang tidak di ingini.

8. Mengencangkan payudara (memperbaiki payudara yg telah hilang kekenyalannya.)

9. Mengawal lendir & lelehan faraj.

010-630 6669 (Raha)

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.193487 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top