Seorang lelaki nekad mengelar leher seekor anjing hingga maut selepas mendengar tangisan dari sebuah unit apartment.
Menurut sumber polis kepada FranceInfo, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3 petang di bandar Grigny di Essonne, Perancis pada 14 Ogos lalu, lapor Daily Star. Sebaik memasuki ke apartment berkenaan, lelaki itu mendapati empat gadis cedera akibat diserang seekor anjing jenis American Staffordshire Terrier yang di luar kawalan. Dia cuba untuk memenangkan haiwan berkenaan, tetapi gagal.
Susulan itu, dia mencapai sebilah pisau dan mengelar leher anjing tersebut hingga maut. Kesemua mangsa merupakan gadis berusia di bawah 24 tahun, mengalami kecederaan dalam serangan itu. Mereka dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan, manakala lelaki berkenaan tidak mengalami kecederaan. Haiwan ganas itu tinggal bersama teman wanita kepada pemilik rumah, namun dia tiada di rumah ketika kejadian berlaku. Polis Perancis dari bahagian Juvisy-sur-Orge kini membuka siasatan berhubung kejadian itu. Sumber: mStar
|
CariMalay replied at 17-8-2022 05:09 PM
Apa penyebab anjing tu gila?
Artemesiaa replied at 17-8-2022 09:25 AM
Bela anjing ni bukan macam bela kucing nak kena pastikan makan minum cukup je tapi nak kena bawa ber ...
ADVERTISEMENT