CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Jumpa Isteri Saya Ketika Dia Dalam Stroller Lagi'

17-8-2022 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1693| Komen: 12

Seorang lelaki di London tidak menyangka akan berkahwin dengan bayi yang pernah dilihatnya di dalam kereta sorong pada 20 tahun lalu.

Menurut Rich, 48, dia bertemu isterinya Evie, 29, ketika wanita itu masih bayi. 


SWNS

Menerusi laporan NewYorkPost, Rich mengaku pernah melihat isterinya disorong ibunya pada tahun 90-an di kawasan kejiranan mereka. Namun, mereka akhirnya bertemu kembali pada Oktober 2018 sebelum membuat keputusan untuk berkahwin Julai lalu.

Meskipun jarak usia hampir dua dekad, Rich tidak kisah mengenai perkara tersebut. Tambah jurukur itu, dia agak pelik apabila mengenangkan detik pertemuan dengan isterinya ketika wanita itu masih bayi.



Evie ketika bayi dan Rich (gambar kanan) ketika berusia 19 tahun

"Ini sesuatu yang pelik apabila dikenang kembali bagaimana kami bertemu. Usia hanya sekadar angka dan ia tidak menghalang kami untuk jatuh cinta walaupun jarak usia 19 tahun," ujarnya.

Tambahnya, mengahwini Evie adalah keputusan terbaik dibuat dalam hidupnya dan pasangan itu akan memiliki cahaya mata tidak lama lagi. 


SWNS

Menurut Evie, dia berasa agak janggal apabila mengetahui dia sudah bertemu suaminya ketika masih bayi.

Usianya bukan halangan kerana dia seorang yang berjiwa besar dan dia akan menjadi bapa yang hebat.


SWNS

Jelas Evie, dia tertarik dengan personaliti Rich ketika pertama kali bertemu sebelum membuat keputusan untuk hidup bersama.


Sumber: OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 17-8-2022 04:11 PM
laki masih segak boleh laa
Quote Mary_jane 17-8-2022 06:37 PM
Belum 50 pun tapi kenapa dah macam 70an pokcik oi?
Quote dani-rox 17-8-2022 06:49 PM
creepy nya stetmen

muka jantan tu masa muda mcm Tom Hiddleston tapi versi order online yg dah sampai
Quote orenmango 17-8-2022 06:52 PM
Muda dari Che Ta tapi nampak lagi tua
Quote Mina2215 17-8-2022 07:35 PM
Nasib baik bukan pedo
Quote faraway1 17-8-2022 07:52 PM
Sound menjijikkan bila dia sebut camtu...
Quote virgo19 17-8-2022 08:11 PM
Kat malaysia pun ada.. ada gambar si suami tu tgh dukung isterinya masa baby. Dia kerja dgn bapak si baby. Aku tengok dekat page “malaysiaku dulu2”
Quote ashilalat 17-8-2022 08:19 PM
Baca tajuk ingatkan sama² baby dalam stroler boleh membawa ke pelaminan. Rupanya sorang dah kertu. Xde la pelik pon.
Quote syamzana 17-8-2022 08:32 PM
geli plak baca cerita camni
simpan sendiri dah la pakcik
Quote sukacactus 17-8-2022 09:26 PM
Belum 50 dah rupa atuk2
Bini muda lg tu
Quote green~tea 17-8-2022 09:31 PM
Takkan lah 48 rupa cenggitu... mcm dah 60s je

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.170273 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top