Geng curi motosikal remaja tumpas Polis Pulau Pinang menumpaskan kumpulan curi motosikal membabitkan remaja belasan tahun dengan penahanan tiga remaja berusia 16 tahun Jumaat lepas. Mereka ditangkap selepas mencuri sebuah motosikal ketika jemaah sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Lahar Tiang, Kepala Batas. Ketiga-tiga pelajar sekolah terbabit ditangkap ketika meleraikan sebuah motosikal jenis Honda. Sebaik dileraikan, rangka motosikal akan dicampak ke dalam sungai. Lewat petang semalam polis dibawa ke lokasi rangka motosikal dibuang. Menurut polis, komponen yang dileraikan akan dipasang di motosikal setiap suspek dan selebihnya dijual. Siasatan juga mendapati kumpulan ini aktif di Nibong Tebal, Butterworth dan mereka mengambil masa 5 minit untuk mencuri sebuah motosikal dan 30 minit untuk meleraikannya.
|
mattdemon posted on 23-6-2013 02:42 PM
5 minit utk curi, 30 min utk lerai.
memang cekap.
kalau keja kat bengkel moto kompem gaji mahal ni ...
tongkatwaran75 posted on 24-6-2013 07:17 AM
ANGGOTA polis membawa empat remaja yang diberkas selepas disyaki mencuri motosikal ke tali air Kam ...
ADVERTISEMENT