Teringin lagunya menjadi tular seperti lagu rakan seangkatannya, penyanyi Irfan Harris walau bagaimanapun mengakui perkara itu bukan sesuatu yang mudah.
Namun, Irfan, 21, bersyukur apabila single terbaharunya, Bisik berjaya memasuki Carta Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selepas beberapa tahun cuba menghasilkan lagu hit. “Alhamdulillah, ini adalah pencapaian yang memberangsangkan buat Bisik. “Apabila syarikat pengurusan ucapkan tahniah, saya tidak sangka dan terkejut. Kali terakhir lagu saya bolos Carta RIM adalah pada 2017 menerusi single Pesan.
“Kalau boleh saya nak lagu meletup macam lagu Casablanca tapi saya akui benda itu susah sedikit. “Tapi lagu Bisik ini bagi saya sudah satu permulaan yang baik malah ia turut mencatatkan jumlah tontonan tinggi di aplikasi TikTok,” katanya kepada MH.
|
ADVERTISEMENT