Seorang peniaga ‘bundle’ tidak dapat mengawal kemarahannya lalu mengoyakkan dua helai baju yang dijual secara bidaan ketika melakukan siaran langsung di Facebook semalam.
Peniaga itu bertindak demikian kerana harga yang ditawarkan RM80 ketika bidaan sangat rendah dan masih tidak mencapai harga semasa pakaian itu. Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial menyifatkan perkara itu adalah sebagai ‘adat’ dalam berniaga. “Manusia bila marah dia akan menutup minda akal dan fikiran. Dalam berniaga kalau dah tak boleh untung jual hingga pulang modal dikira cukup sudah,” kata @razmanlmr
“Aku tak kesian dekat baju tu, tapi aku kesian dekat penjual, dia mesti ada masalah lain tapi nak cari duit juga. Sepatutnya bertenang, dah tenang sambung jual balik,” kata @AkidoFigger. “Mental koyak berniaga. Sabar, rezeki Allah yang bagi. Berniaga ada pasang surutnya. Tak perlu tunjuk diri macam tu sangat,” kata @ZaidiZailani. -CARI Sumber: Kosmo
|
JunkMail replied at 17-8-2022 12:05 PM
Baju bundle pun sampai 80.. collectors item ke?
DayangKirana replied at 17-8-2022 03:45 AM
tengok kat fb, siap disepak2 nye mannequin tuh..
habis diberuk2 kan buyer..
hallahhhh2... jual pom ...
ADVERTISEMENT