Seorang peniaga ‘bundle’ tidak dapat mengawal kemarahannya lalu mengoyakkan dua helai baju yang dijual secara bidaan ketika melakukan siaran langsung di Facebook semalam.
Peniaga itu bertindak demikian kerana harga yang ditawarkan RM80 ketika bidaan sangat rendah dan masih tidak mencapai harga semasa pakaian itu.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial menyifatkan perkara itu adalah sebagai ‘adat’ dalam berniaga.
Foto: FB
“Manusia bila marah dia akan menutup minda akal dan fikiran. Dalam berniaga kalau dah tak boleh untung jual hingga pulang modal dikira cukup sudah,” kata @razmanlmr
“Aku tak kesian dekat baju tu, tapi aku kesian dekat penjual, dia mesti ada masalah lain tapi nak cari duit juga. Sepatutnya bertenang, dah tenang sambung jual balik,” kata @AkidoFigger.
“Mental koyak berniaga. Sabar, rezeki Allah yang bagi. Berniaga ada pasang surutnya. Tak perlu tunjuk diri macam tu sangat,” kata @ZaidiZailani. -CARI
tengok kat fb, siap disepak2 nye mannequin tuh..
habis diberuk2 kan buyer..
hallahhhh2... jual pom kat puak2 mu jugok..puak budu belako..
tokse nak bargain, takyah la niago...bodo mu nih!
Saja nk viral tu.. Nnti org semua pakat duk search 'Peniaga bundle koyak baju" pastu follower bertambah.. pastu aman2 jual baju dlm live balik.. pling kurang dpt perhatian org kaya beli dgn harga tinggi...
Bundle is bundel pakaian/kasut 2nd hand. Kalau collectors item dah benda lain pulak. Beli harap harga akan naik dan jual harga lagi mahal.
So kena lebel lain2 la. Kalau kat US kasut baju jeans ada.
Kat malaysia mungkin blm ada knowledge mcm tu lagi.