Selepas menimang cahaya mata sulung pada Februari lalu, pasangan penyanyi popular, Syamel dan Ernie Zakri tidak menafikan mereka semakin murah rezeki.
Bakal bersama-sama mengadakan konsert berskala besar pada bulan Oktober nanti, pasangan ini tidak melihat kesibukan kerja sebagai satu halangan untuk memberikan yang terbaik untuk anak mereka, Nur Khawla Soleha yang kini berusia enam bulan. “Tipu kalau saya kata tidak sedih setiap kali keluar bekerja. Tidak lama lagi pun saya akan ke Bandung dan Jakarta, Indonesia untuk rangka promosi Hal Hebat di sana. “Memikirkan nak tinggalkan anak enam hari pun sudah cukup buat saya rasa sedih, kalau tengok gambar memang meleleh air mata. Khawla pun dah pandai macam-macam sekarang.
“Pada masa sama, saya rasa bersyukur kerana Syamel banyak membantu kalau dia berkelapangan. Biasanya jika saya perlu keluar bekerja, ibu saya akan datang untuk membantu menjaga Khawla juga,” kata Ernie.
|
stingergrumpy replied at 17-8-2022 10:09 AM
Memang mengundang carut dari aku tred sebegini..
Takpa ko org continue dulu
ADVERTISEMENT