Seronok apabila bercuti bersama rakan-rakan yang ‘sekepala’, namun ada juga yang lebih suka bercuti dengan pasangan masing-masing.
Bagaimanapun, perkongsian seorang wanita di Facebook mengenai pengalaman bercuti bersama teman lelakinya di Thailand dikecam ramai dan tular dikongsikan semula di Twitter. Apatah lagi dia berkongsi tip percutian bajet di mana mereka menginap dalam bilik sama. Bahkan, tidur pun sekatil dan hanya dipisahkan dengan bantal.
Itu namanya bersekedudukan dengan bukan mahram, kak! Sudahlah rosak imej muslimah bertudung. Lebih tidak masuk akal adalah dia menjelaskan hanya perlu 'menjaga niat' apabila disoal isu berzina. Berdasarkan ciapan Mimi, wanita itu menyatakan dia tidur dalam keadaan bertudung dan berselimut ketika tidur. Menurut Mimi, apabila tiba giliran untuk mandi, salah seorang daripada mereka perlu turun ke bawah dan duduk di lobi sementara waktu. Jimat duit, dan rasa selamat katanya bila bercuti dengan BF. Rata-rata pengguna Twitter tidak dapat menerima perkongsian wanita itu dan ada juga melabelnya sebagai penunggang agama. Haram tetap haram, kenapa nak 'mengislamikkannya' lagi? - CARI
|
aechae replied at 16-8-2022 10:23 PM
Klu xda duit xpayah g bercuti lh
Pastu nk bajet2 share bilik…duhhhh
Suchi replied at 16-8-2022 02:30 PM
Maaf cakap ini mengarut.
Lonjakan asmara meledak kuat kalau camni lelagi belum halal.
Percayalaah ca ...
insulin replied at 16-8-2022 10:29 PM
Nikah dulu sebelum pergi bercuti kan senang?
matchstick replied at 16-8-2022 10:40 PM
Plot twist bopren gayah ropenye...kot
ADVERTISEMENT