CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sedih Betul Bila Kahwin Di Hotel 4 Bintang Tapi Tak Mampu Bayar Jurugambar?

17-8-2022 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1217| Komen: 0

Description: Seorang jurugambar meluahkan rasa terkilan terhadap sepasang pengantin baharu yang tidak mampu membuat pembayaran kepadanya meskipun mengadakan majlis perkahwinan di hotel mewah, lapor laman berita Su ...
Seorang jurugambar meluahkan rasa terkilan terhadap sepasang pengantin baharu yang tidak mampu membuat pembayaran kepadanya meskipun mengadakan majlis perkahwinan di hotel mewah, lapor laman berita Suara.com.



Foto: igtainmenttt

Berdasarkan klip video yang dikongsikan, jurugambar tersebut berkata, pelanggannya berkahwin di sebuah hotel bertaraf empat bintang di Bekasi, wilayah Jawa Barat.

Pasangan pengantin itu juga dikatakan berasal daripada golongan berkemampuan berdasarkan keadaan majlis perkahwinan yang diadakan.

“Hati saya berasa amat sakit kerana pandangan saya terhadap mereka tidak sama dengan realiti yang berlaku.


“Semua kerja keras, waktu dan tenaga kami tidak dihargai,” kata jurugambar berkenaan.



Tambahnya, dia sudah beberapa kali bertanyakan hal itu kepada pasangan berkenaan, namun pembayaran masih juga belum dibuat.

“Semoga selepas menonton video ini mereka dapat membuat pembayaran kerana semua gambar dan video sudah siap,” katanya.

Video tersebut menjadi tular dengan pelbagai komen diberikan netizen.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.039960 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top