CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kumpulan Lelaki Mengamuk Di Majlis Kahwin Tembak Tetamu

16-8-2022 08:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 694| Komen: 0

Description: Polis memburu sekumpulan lelaki bersenjata bermotosikal mengamuk dengan menembak dan membunuh seorang lelaki serta mencederakan empat orang dalam satu majlis perkahwinan di Bangkok, lapor laman berita ...
Polis memburu sekumpulan lelaki bersenjata bermotosikal mengamuk dengan menembak dan membunuh seorang lelaki serta mencederakan empat orang dalam satu majlis perkahwinan di Bangkok, lapor laman berita Thaiger semalam.


Keluarga pengantin lelaki yang berusia 25 tahun, Fahlan, dan pengantin perempuan berumur 24 tahun, Jinsujee, mengadakan majlis perkahwinan di rumah pengantin perempuan di Winitchai Riad, daerah Din Daeng, Bangkok pada Ahad lalu.


Lelaki bersenjata itu dipercayai adalah seteru kepada pengantin lelaki atau seseorang dalam majlis perkahwinan mereka. - Thaiger

Selepas majlis berakhir, saudara mara dan rakan-rakan mereka berkumpul di dalam garaj keluarga pengantin perempuan untuk menikmati makanan. Bagaimanapun, pesta itu diceroboh sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) enam lelaki bersenjata menaiki tiga motosikal yang melepaskan tembakan rambang ke arah kira-kira 90 orang.


Pengantin lelaki dan perempuan tidak cedera tetapi lima tetamu mereka cedera. Mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan pasukan penyelamat. Malangnya, salah seorang pengapit pengantin lelaki, Nattawut Pinitmai ditembak di dada dan meninggal dunia di hospital.

Media Thailand melaporkan bahawa serangan tu berkemungkinan mempunyai kaitan dengan pertelingkahan berterusan antara dua universiti di Bangkok.

Pengantin lelaki itu  merupakan lulusan dari Kampus Uthenthawai Universiti Teknologi Rajamangala Tawan-ok di Bangkok. Universiti itu dikenali dalam  kalangan orang awam kerana pelajarnya kerap  menjadi perhatian media, sama ada kerana upacara suai kenal yang kejam atau konflik dengan pelajar institusi lain. 

Ramai alumni Kampus Uthenthawai menghadiri majlis itu dan dipercayai lelaki bersenjata itu adalah seteru kepada pengantin lelaki atau seseorang dalam majlis perkahwinan mereka.

Timbalan Komander Biro Polis Metropolitan, Chokchai Ngamwong berkata, pengantin lelaki menamatkan pengajian di institusi itu dua tahun lalu dan mengaku tidak pernah menghadapi masalah dengan sesiapa.

Pengantin lelaki menyatakan bahawa lelaki-lelaki bersenjata itu tidak menyasarkan sesiapa dan melepaskan tembakan secara rawak ke arah orang ramai. Tambah Fahlan, mungkin ada yang melihat hantaran mengenai perkahwinannya di Facebook dan memutuskan untuk menyerang mereka kerana ramai alumni berada di majlis itu.

Menurut media  tempatan, pengantin lelaki adalah seorang pelajar yang baik dan tidak pernah bergaduh dengan sesiapa ketika belajar di institusi tersebut. Dia juga merupakan pemain bola sepak untuk pasukan universiti.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.149170 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top