Haqiem Rusli sebak apabila mengenangkan ada pihak yang ingin menabur pasir dalam periuk nasinya dengan memuat naik video negatif mengenai restoran yang diusahakan olehnya.
Haqiem turut mengambil pendekatan untuk tidak mudah 'melatah' dengan kritikan netizen yang terbabit apabila menjadikan kedainya viral sekitar Ramadan lalu. "Apabila mengulas mengenai isu ini, saya sebak kerana mengenangkan ada yang cuba ingin menjatuhkan periuk nasi saya. Namun saya anggap ini adalah ujian buatnya. "Jika individu itu ikhlas untuk menegur untuk penambah baikan, dia seharusnya menegur kami menerusi mesej peribadi dan sebagainya.
"Pada pendapat saya, itu bukan medium yang betul hendak menegur. Pada saya, menegur kena ada caranya. Jika saya yang dulu, pasti saya sudah 'melatah'. Namun, Alhamdulillah… Saya bukan lagi sebegitu dan mudah untuk melantun apabila ada isu sebegini," kata Haqiem.
|
ADVERTISEMENT