Setiap apa yang berlaku di media sosial sering menjadi ikutan masyarakat termasuk golongan selebriti terutama melibatkan trend semasa.
Tidak terkecuali penyanyi, Bella Astillah yang turut melakukan perkara sama dengan memainkan audio seram bunyi pontianak menggilai sambil membiarkan dua anaknya Ayden Adrean dan Ara Adreanna di dalam sebuah bilik. Perkara tersebut lantas menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen yang menyifatkan perbuatannya itu keterlaluan dan tidak wajar dilakukan sebagai ibu bapa. "Janganlah sebarangan menakutkan budak-budak takut terkena demam panas.
"Jangan takutkan anak-anak kecil macam ini. Dia akan membesar dengan trust issues (kepercayaan) kepada parents (ibu bapa) sendiri. "Jangan takutkan budak-budak nanti kita yang susah. Kasihan si abang," kata netizen. Tidak hanya itu, pengguna media sosial turut meminta agar perbuatan menakutkan anak-anak dengan video dan audio seram dihentikan kerana bimbang akan membuatkan kanak-kanak kurang berkeyakinan.
|
ayukpingu replied at 16-8-2022 10:52 AM
trend tu tak lawak pon...budak2 dari tak reti jadi penakut, dah jadi penakut gayanya... trauma budak ...
ADVERTISEMENT