CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malas Jalan Kaki, Malaysia Negara Ke-3 Di Dunia

16-8-2022 02:02 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 714| Komen: 0|Original author: Tatod

Gambar hiasan


Kajian Universiti Stanford meletakkan Malaysia sebagai negara ketiga tertinggi dunia dalam kategori rakyat paling malas melakukan aktiviti berjalan kaki.

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan maklum balas 715, 527 responden yang memberi gambaran sekilas mengenai gaya hidup penduduk di 111 negara di seluruh dunia.

"Rakyat Malaysia secara purata melakukan 3,963 langkah sehari," kata wakil universiti itu dalam satu kenyataan.


Dalam kajian berkenaan, penyelidik Universiti Stanford menyimpulkan bahawa terdapat ketidaksamaan dalam aktiviti fizikal yang dilakukan bagi setiap penduduk di negara dunia sehingga mengundang kepada pertambahan berat badan.

Gambar hiasan

Hasil kajian juga mendedahkan negara pertama di dunia memiliki rakyat paling malas berjalan kaki ialah Indonesia yang mana jumlah purata rakyat di sana berjalan hanya sekitar 3,513 langkah sehari.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), purata jumlah berjalan kaki bagi setiap individu seperti mana yang disarankan oleh global adalah sekurang-kurangnya 5,000 langkah sehari.

Gambar hiasan

Kajian yang sama memaparkan negara dengan obesiti rendah adalah merujuk kepada sikat rakyatnya yang gemar melakukan aktiviti berjalan kaki setiap hari.

Pun begitu, terdapat jurang besar antara individu yang gemar berjalan kaki dengan golongan kurang mengamalkan gaya hidup sihat tersebut kerana lebih berisiko menjadi obesiti. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.067724 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top