Hati bapa mana tidak gundah apabila anak kesayangan dituduh ada skandal dengan suami orang dan mengikis wangnya.
Namun, Azhar Sulaiman boleh menarik nafas lega apabila dakwaan si penuduh terhadap Kasih Iris Leona tidak logik. Malah, tinjauan di Instagram wanita berkenaan menunjukkan dia seolah-olah tidak sihat mental apabila status-status yang dibuat kelihatan tidak masuk akal. Seperti wanita yang berhalusinasi pun ada! Azhar sendiri mungkin dapat merasakan keadaan kesihatan mental wanita terbabit kurang baik, dia menitipkan pesanan buatnya menerusi hantaran di IG. Malah, dia juga mendakwa tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita itu kerana mengambil kira kesihatan mentalnya. "Saya doakan yang terbaik dalam hidup anda dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. "Carilah kawan baru yang mahir dalam perihal media sosial. "Dengan saya, awak terselamat sebab saya masih memikirkan kesihatan mental awak. Kalau orang lain, pasti mereka akan saman awak," ujarnya yang turut berpesan supaya wanita itu menjaga dirinya. Itulah Nor Azira Othman Said, lain kali kaji dulu nak cari pasal dengan anak cucu siapa. - CARI |
kmbg replied at 15-8-2022 04:31 PM
Apa kata acik azira pegi ngorat abam Jeri kandar..rasa mcm sekapal
ADVERTISEMENT