Walaupun keadaan bahagian bawah kaki kirinya retak sejak dua minggu lalu, pelakon terkenal, Nur Fazura tetap komited memenuhi tuntutan kerja mengikut jadual tugasan yang sudah disusun.
Menerusi laporan Kosmo! Online, kecederaan itu disebabkan dia terlanggar lampu sorot ketika menjayakan sebuah penggambaran dan kini terpaksa bergantung dengan pil penahan sakit buat sementara waktu.
"Selepas bahagian bawah kaku mula nampak kebiruan dan membengkak, terus suami bawa saya jumpa doktor. Kemudian dimaklumkan ada retakan.
"Doktor nasihatkan pakai pendakap gentian kaca tapi saya kena terbang ke Jakarta dalam masa terdekat untuk menyelesaikan komitmen lain.
"Selepas pulang nanti saya akan berjumpa doktor lagi untuk pemeriksaan susulan. Sekarang saya ambil ubat tahan sakit saja dan tak boleh lasak," katanya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My