Hampir setahun tanpa sebarang naskhah baharu, penyanyi, Indah Ruhaila, tampil dengan lagu berjudul All My Heart dengan genre berbeza berbanding lagu yang diyanyikannya sebelum ini.
Wanita berusia 35 tahun itu meletakkan harapan yang tinggi agar lagu hasil sentuhan Ajai dan lirik ditulis oleh Strawberry itu mampu menarik perhatian penggemar muzik tanah air.
"Selama ini orang kenak Indah Ruhaila dengan lagu-lagu bersifat 'dark' namun kali ini sedikit berbeza. Lagu All My Heart bersifat 'easy listening' dan mudah diterima walaupun kali pertama mendengarnya.
"Saya berharap lagu ini mampu memberkan sesuatu yang baharu dan segar kepada peminat," katanya dalam sesi temu bual bersama mStar.
Diberikan dua pilihan demo, Indah bagaimanapun mengakui lebih tertarik dengan lagu All My Heart meskipun pilihan kedua juga tidak kurang hebatnya.
Mengulas kerjasamanya dengan Ajai, kata Indah, dia dapat belajar banyak ilmu daripada komposer terkenal itu. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My