CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zizi Kirana Dah Tak Nak Nyanyi Lagu Lama Sebab Tak Seiring Imej Sekarang

15-8-2022 01:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2780| Komen: 25|Original author: Tatod

Description: Penyanyi, Zizi Kirana yang kini sudah bertudung mendedahkan tidak akan menyanyikan lagu-lagu lama miliknya yang kedengaran tidak seiring dengan penampilannya.
Sumber IG


Penyanyi, Zizi Kirana yang kini sudah bertudung mendedahkan tidak akan menyanyikan lagu-lagu lama miliknya yang kedengaran tidak seiring dengan penampilannya.

Menerusi laporan Gempak, lirik lagu-lagunya sebelum ini mungkin sesuai dinyanyikan ketika dia belum menutup aurat, namun tidak relevan untuk dinyanyikan dengan imej terkini.


"Ada beberapa lagu lama yang mungkin saya tidak nyanyikan secara terbuka, contohnya lagu Siapa Yang Bap Bap dan Nak Ke Tak Nak.

"Bagi saya, apabila saya sudah seperti ini, lebih baik saya memilih untuk menyanyikan lagu yang lebih bersesuaian. 

"Jadi, saya tidak akan nyanyi lagu lama yang tidak seiring dengan imej saya kini," katanya.


Zizi turut meluahkan rasa syukur kerana penganjur yang menjemputnya untuk menghiburkan tetamu seakan memahami keadaan dirinya dan tidak pernah meminta dia menyanyikan lagu lamanya.

"Saya rasa peminat faham dengan situasi saya. Penganjur juga faham dan selama saya sudah berubah, saya tidak lagi pernah diminta untuk nyanyi lagu-lagu lama yang tidak bersesuaian.

"Jujur, saya bersyukur kerana saya tidak perlu terangkan kepada mereka seolah-olah mereka sudah memahami," katanya. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LauraaM 15-8-2022 01:59 PM
iols tak tahu la kalau orang lain. Tapi iols stress la dengar suara dia menyanyi. Tak sedap.  Kalau dengar radio cecepat tukar????
Quote DeLuna85 15-8-2022 02:00 PM
LauraaM replied at 15-8-2022 01:59 PM
iols tak tahu la kalau orang lain. Tapi iols stress la dengar suara dia menyanyi. Tak sedap.  Kalau  ...

Hahaha kalau sesuai dengan takpe sis. Kalau lagu nasyid Tak sesuai la kot
Quote 3chanceno 15-8-2022 02:50 PM
Berhenti je lah nyanyi, senang crita  
Quote mamajawie 15-8-2022 02:55 PM
habis 11 sept kat konsert faztival kira ko undur diri ke hape ZK oiii?
Quote KamikuP 15-8-2022 03:21 PM
Alhamdulillah akhirnya.. meolss menyampah dengar lagu2 dia tahahapahantah
Quote Redmyvi 15-8-2022 03:53 PM
zizi ni sebenarnya suara sedap la jugak kalau nk banding BBNU skrg mcm iman troye ka apa semua tu.. tapi dia cuma tk dpt lagu yg bebetul kena dgn suara dia.. lepas berhijab ni lg la mcm tercari2 identiti lg..
Quote Adrif 15-8-2022 04:20 PM
lagu yang sudu tak cukup jubah kuah eh eh eh tu annoying. lepas tu part rap, sebutan tak jelas. apa pun tak paham dia sebut apa.

harapnya lepas ni dia dapat lagu dengan syarikat rakaman senonoh sikit la
Quote MadameOnion 15-8-2022 04:24 PM
"hati hitam boleh tutup dengan jubah" dah kenapa ko? sentap sendiri ke camna?
Quote hayrin86 15-8-2022 04:38 PM
3chanceno replied at 15-8-2022 02:50 PM
Berhenti je lah nyanyi, senang crita

Betul.. Lagu-lagu dia bukannya best pun kan..

Quote ezacbee 15-8-2022 04:47 PM
Sembanglah, jangan jadi retis. Dok umah jaga kuda.

Quote Suchi 15-8-2022 04:48 PM
MadameOnion replied at 15-8-2022 04:24 PM
"hati hitam boleh tutup dengan jubah" dah kenapa ko? sentap sendiri ke camna?

Lagu ni tajuk dia eh kan ke apatah, iols pun nak sebut pasal lagu ni.
Kekdahnya dia sentap ngn netizen duk komen masa dia sexy namatey dulu maka terhasil la lagu tu..
Tup2 imej dia skrg plak mcm tu huhuhu cuma tak nampak la dia duk kecam org lain plak.
Quote nakkomenjugak 15-8-2022 06:56 PM
Memang sheol sentiasa ala2 witch berkelubung hitam ke?
tak follow retis malaya
Quote 3chanceno 15-8-2022 08:16 PM
hayrin86 replied at 15-8-2022 04:38 PM
Betul.. Lagu-lagu dia bukannya best pun kan..

Masalah bila retis mula nak jadi muslimah sejati, tapi masih nak aktif dlm industri hiburan  boleh korner sana sini, asal nampak dah yislamik

Apa2 pun zizi nie diharap janganlah jadi rider yislam...gi jadi rider kuda arab ko tu sudah
Quote AnnaSendin 15-8-2022 11:11 PM
Sebenarnya tade pon retis meleis yang berhijrah ala2 norkumalasari. Lepas ajer berlitup, sheols terus tinggalkan donia lagha. Tade nak nyanyi2 sambil bergoyang lagi. Si hajah bungkus ittuew pon... Hmm
Quote Acikgomen 15-8-2022 11:22 PM
3chanceno replied at 15-8-2022 02:50 PM
Berhenti je lah nyanyi, senang crita

Kejamnye cadangan
Quote Acikgomen 15-8-2022 11:24 PM
MadameOnion replied at 15-8-2022 04:24 PM
"hati hitam boleh tutup dengan jubah" dah kenapa ko? sentap sendiri ke camna?

Ni ke lagu yg heshe kata pompuan2 sila jgn hentam heshe kalo laki korang suka tgk tetek heshe tu
Quote 3chanceno 16-8-2022 08:09 AM
Acikgomen replied at 15-8-2022 11:22 PM
Kejamnye cadangan

Meols rengsa dia nie cam kekeliruan identiti sejak2 berhijab n kawin  macam2 gimik  nak menonjolkan dia dah 'berhijrah' tapi at the same time aktif lagik nyanyi2  gitu lah luahan hati hitam meols nie Acik oooiiiii
Quote Acikgomen 16-8-2022 08:15 AM
3chanceno replied at 16-8-2022 08:09 AM
Meols rengsa dia nie cam kekeliruan identiti sejak2 berhijab n kawin  macam2 gimik  nak men ...

Kena la aktif nyanyi heshe kan nak beli kuda ereb mahai
Lagipun heshe mendonia la ni lepas lagu menang ajl tuari khennnnz
Quote 3chanceno 16-8-2022 08:19 AM
Acikgomen replied at 16-8-2022 08:15 AM
Kena la aktif nyanyi heshe kan nak beli kuda ereb mahai
Lagipun heshe mendonia la ni lepas la ...

Kuda ereb tu kan dia mintak laki herlok dia belikan zizi & somi macam ala2 pasangan yislamik selepas kapel terpaling jahkobis & bini

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.062108 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top