"Ada orang tuduh saya main cinta dengan suami orang."
Begitu ciap anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona yang mencetus pelbagai reaksi di Twitter.
Difahamkan, wanita dikenali sebagai Nor Azira Osman Said mendakwa suaminya diperdaya Leona untuk mendapatkan wang bulanan. Lebih mengarut apabila dia mendakwa Leona menjalin hubungan sulit dengan suaminya sejak 2014 lagi. Leona baru berusia 12 tahun, kot masa tu! Apabila Azhar sendiri menghubunginya, wanita berkenaan berkeras meminta aktor itu bertanggungjawab atas perbuatan anaknya yang didakwa cuba merampas suaminya. Semuanya hanya kerana lelaki terbabit mengulang kicau ciapan Leona. "Bayar balik semua wang yang dia dah gunakan sepanjang menjalin hubungan sulit dengan suami saya sebelum saya saya buat laporan polis," ugutnya. Sementara itu, Leona menerusi Instastory menegaskan dia tidak pernah bertemu dengan suami orang. Malah, duit ibu bapa sendiri pun dia tidak pernah 'kebas', apatah lagi menagih duit orang lain. Akak sakit jiwa ke dakwa-dakwi bukan-bukan macam ni? - CARI
|
prizadane replied at 14-8-2022 09:22 PM
Kahkahkah! Sebab twitter je?
Btw, si Leona ni duit berkepuk la. Atok dia dah siap-siap buat fund un ...
fadz84 replied at 14-8-2022 09:27 PM
Bongek kan pompuan tu.. proof dia skdar kicauan kat Twitter.. dh la eja twitter pun salah..
ADVERTISEMENT