CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Degil Naik Ramai-ramai, 19 Pelajar Terperangkap Dalam Lif

14-8-2022 04:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4852| Komen: 67

Lebih muatan dipercayai punca lif sebuah bangunan di Kota Damansara di sini tersangkut menyebabkan 19 mangsa terperangkap di dalamnya.

Kejadian dikongsikan di Facebook Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh memaparkan gambar beserta video operasi menyelamat berdurasi 2 minit 43 saat yang dijalankan pada Sabtu.



Menurut perkongsian itu, kejadian dilaporkan pada jam 8.26 malam membabitkan kesemua wanita terdiri daripada pelajar sebuah kolej di bangunan itu yang terperangkap di dalam lif di tingkat satu.

"Anggota bomba bertindak membuka pintu lif dengan menggunakan kunci lif dan semua mangsa dapat dikeluarkan dalam keadaan selamat," menurut perkongsian itu pada Ahad.



FB Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh

Dalam hantaran berasingan, BBP Sungai Buloh menasihatkan orang ramai menggunakan kemudahan lif secara berhemah dan menitikberatkan had bebanan yang ditetapkan bagi setiap penggunaan.

"Lif tidak dapat menampung bebanan melebihi kapasiti yang ditetapkan.


FB Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh

"Walaupun lif tidak mengeluarkan bunyi amaran 'lebih muatan', bebanan berlebihan akan mengakibatkan lif tidak berfungsi dengan baik," kata kenyataan itu.




FB Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh

Menerusi perkongsian sama, BBP Sungai Buloh memaklumkan telah mengambil inisiatif memberikan taklimat kepada pelajar kolej di situ supaya peka dengan had muatan ditetapkan bagi mengelak insiden sama berulang.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 14-8-2022 05:17 PM
Haha
Buduh punya orang..
Swlagi boleh nak padatkan.
Dahntersangkut tu..masing2.bau la diri masing2...gitchuu

Kalau terkentut tu..naseb la
Quote mawarika 14-8-2022 05:18 PM
Eeee bodohnyaa..  sendat padat dlm lif dah kenapa? Mmg jenis takde otak. Student apa ni?
Quote sharlenetexas 14-8-2022 05:20 PM
Baru balik shopping H&M.


Quote mojarean_X 14-8-2022 05:21 PM
Edited by mojarean_X at 14-8-2022 05:40 PM

Bayangkan kalo kejadian berlaku di PPR, mesti lg dahsyat hencapan  spt dasar B40 perangai PPRT
Quote cheezel 14-8-2022 05:43 PM
Sendiri bangang. Pastu bolehla buat content
Quote uori 14-8-2022 05:51 PM
patut biarkan saja dorang dua tiga hari kat dalam tu , nak sangat berhimpit reramai khuens
Quote JunkMail 14-8-2022 06:09 PM
Bodohnya budak-budak ni semua. Sanggup kau berhimpit ramai2 dalam tu...
Quote Suchi 14-8-2022 06:14 PM
Kolej dr mana? Dorang tak penah naik lift ke? Mcm warga asing jer.
Quote matchstick 14-8-2022 06:23 PM
Mcm sekumpulan pelancong dari PRC jah
Quote tikusmontok 14-8-2022 06:48 PM
Sepet jinjang ke? Sakainya perangai
Quote djzara81 14-8-2022 06:54 PM
Ntahlahhh..jrg2 local buat peel camni. Tak pnh tgk org kita sumbat selagi boleh. Logik gak if ummah prc duk sini atas tiket student buat perangai. Depa ni senang nak detect sbb perangai lain machiamm.
Quote imanjannah 14-8-2022 07:03 PM
ni antara 1.2 juta yg hilang x djumpai tu ke? lain mcm perangainya
Quote jfq 14-8-2022 07:12 PM
Selalu lif 10 org pun dah sesak. Apa kan lg 19
Quote gideoncross 14-8-2022 08:44 PM
jfq replied at 14-8-2022 07:12 PM
Selalu lif 10 org pun dah sesak. Apa kan lg 19

Pasti senak kekdahnya.
Quote Gingerly 14-8-2022 08:45 PM
Kejadian ni membuat aku terkenang peristiwa 10 tahun lalu sewaktu bekerja di sebuah company. Colleagues reramai tergedik2 rempuh masuk lift sebab sengaja suka2 nk berhimpit smpai berbunyi alarm. Tapi sekor pun tak nak keluar sambil tergelak2 sambil tekan semua button lift. sekian
Quote edayildiz 14-8-2022 08:51 PM
seram..kt condo ni jrg jmpa manusia..risau gk kalau sorg2
kalau condo baru x de mslh kot kn .lain la lift hospital
Quote isseliparjepun 14-8-2022 09:13 PM
Ade je jenis ummah local begini. Sejak covid, kita dah biasa 3@4 org 1 lift, tapi bila kita masuk tu, ramai pula nak ikut menyelit. Nak nak kalau lift hotel/apartmen tu ada 10, tapi untuk sampai ke tingkat tertentu, cuma ada 2 3 biji je. Ramai yang sanggup berhimpit.
Quote namr 14-8-2022 09:14 PM
wakakaka
padan muka
Quote Carcosa 14-8-2022 09:19 PM
19 punya bongok
Padan muka masing2. Nak duduk takboleh, nak gerak pun tak boleh. Patut kasi lama sikit

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.058882 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top