Berikutan video tular seorang pengkid memakai ihram di Tanah Haram, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad memohon pihak berkuasa menyiasat kes berkenaan.
Menerusi hantaran di media sosial, beliau memaklumkan sudah menghubungi Kementerian Dalam Negeri untuk menyiasat kesahihan status individu itu di Malaysia kelak. "Saya mengambil berat perkara yang telah ditular dakwaan yang melaporkan seorang wanita yang mengerjakan umrah, namun berpakaian ihram lelaki. "Isu ini melibatkan hukum hakam agama. Tindakan tegas akan dikenakan," tegasnya.
Semalam, akaun seorang pengguna Twitter, @Aliyameha berkongsi video memaparkan individu terbabit merakam dirinya melakukan tawaf di hadapan Kaabah. Pendedahan yang menggemparkan umat Islam itu seperti mengulangi kes Nur Sajat bertelekung ketika berziarah di Madinah dan umrah di Mekah awal 2020 lalu. Usahawan pondan itu atau nama lelakinya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang mencetuskan kemarahan rakyat umat Islam terutama di Malaysia kemudian melarikan diri ke Australia untuk mengelak daripada ditahan. Idris dalam hantarannya bagaimanapun tidak menyatakan bentuk tindakan susulan yang boleh diambil ke atas individu itu, tetapi kelazimannya pelaku tersebut boleh disiasat mengikut perundangan tertentu. Antaranya, polis boleh membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana niat jahat memudaratkan atau mencetuskan suasana tidak harmoni dalam masyarakat. Penyiasatan kes itu juga boleh dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan yang tidak wajar kemudahan jaringan atau perkhidmatan rangkaian. Dia juga boleh didakwa di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 jika sabit kesalahan melakukan penipuan jantina bertujuan menghina Islam di Wilayah Persekutuan. Sumber: UTUSAN |
Buritan replied at 13-8-2022 03:10 AM
Harap brrjodoh dgn sajad.. terpikir aku plk nape pondan pondan ni tak ngorat dgn pebgkid.. pastiny ...
TabletSusu replied at 13-8-2022 11:16 AM
setau aku.. klu kat malaysia ni.. pengkid suka kat pompuan asli, yg cantik, yg lemah lembut
dulu m ...
Buritan replied at 13-8-2022 03:22 AM
Sajad tuu kan ke cantik lemah lrmbut srmua..
TabletSusu replied at 13-8-2022 11:26 AM
perempuan tulen kakak. perempuan x tulen dorg x pandang.. jijiks katanya
sam1528 replied at 13-8-2022 11:39 AM
Tok Arab kalo dapat tau kes ni - tepuk dahi depa
Jangan pulak yang datang dari Malaysia nanti kena ...
TabletSusu replied at 13-8-2022 11:16 AM
setau aku.. klu kat malaysia ni.. pengkid suka kat pompuan asli, yg cantik, yg lemah lembut
dulu m ...
ADVERTISEMENT