CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siapa VIP Di Sebalik Penyelewengan Diesel Bersubsidi?

13-8-2022 03:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1190| Komen: 5

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memandang serius pembongkaran sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi yang dilaporkan berlaku di Johor baru-baru ini.


Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, siasatan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dilakukan bagi mencari dalang sebenar di sebalik sindiket tersebut.


Rosol (kanan) beramah mesra dengan salah seorang pengguna pada Program Jualan Keluarga Malaysia di sebuah pasar raya di Manir di Kuala Terengganu hari ini.

“Kita tidak akan berkompromi. Tidak kisah dalang itu ahli politik, penjawat awam atau orang biasa sahaja, tindakan tegas pasti diambil kerana ia adalah satu pengkhianatan besar terhadap negara.


“Subsidi berkenaan sepatutnya dinikmati nelayan, petani dan penternak, namun kewujudan sindiket merosakkan rantaian bekalan,” katanya selepas meninjau Program Jualan Keluarga Malaysia di sebuah pasar raya di Manir di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan sebuah sindiket dipercayai didalangi orang kenamaan mengaut keuntungan berpuluh juta ringgit dengan menjual minyak diesel bersubsidi tersebut di tengah laut di Johor.

Mengulas lanjut, Rasol berkata, KPDNHEP juga sedang mempertingkatkan penguatkuasaan bagi menangani ketirisan barangan bersubsidi termasuk diesel.

Jelas beliau, antara tindakan diambil ialah arahan melarang stesen minyak menjual RON 95 kepada kenderaan berpendaftaran asing di seluruh Malaysia.

“Bagi diesel pula, kita tetapkan had tertentu untuk pembelian di stesen minyak pada satu-satu masa,” katanya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swimswim 13-8-2022 09:54 PM
Mustahil x tahu ????????????
Quote jas7512 13-8-2022 10:02 PM
Mmg ramai je vip yg terlibat dgn jenayah sama ada direct atau indirectly..rasanya klu pembersihan besar2an ntah2 seme vip masuk penjara
Quote Nnoor2 13-8-2022 10:34 PM
Malaysia ni mmg hancur sebab dalang segala bapak jenayah adalah orang2 vip, vvip sendiri...bukan non Muslim pun tapi muslim yg tahu dosa pahala korupsi dan mkn duit haram ni...tapi sebab duit semua agama buang jauh2...tapi depan rakyat berlagak alim ckp pasal agama kemain
Quote ladybugz 14-8-2022 11:09 AM
dulu2 masa sekolah kagum juga bila tgk tanda vip mana2. skrg naik menyampah. kebanyakkan vip ni pnyamun or perompak or pencuci duit.
Quote KamikuP 15-8-2022 03:15 PM
Meolls bila nampak je konvoi vip nak lalu meolls buat terhegeh2 bawak kereta nak ke tepi bagi lalauan kat depa.. apoooo

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.043338 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top