Satu rakaman insiden beberapa pelajar tahfiz dipukul tular menerusi satu hantaran di Instagram pada Jumaat. Rakaman berdurasi pendek itu di muat naik oleh pemilik akaun Instagram dikenali act431_775 yang menunjukkan seorang lelaki berpakaian separuh bogel berteriak memanggil pelajar berkenaan sebelum menampar, menendang dan memukul mereka bersama rakannya.
act431_775 berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku. Video dan entri yang dimuat naik itu menerima banyak tontonan dan pelbagai reaksi serta komen dari warganet terutama artis tanah air.
Pelakon, Sharnaaz Ahmad berkata, “Gangster kampung, selamat bermalam dan menjadi lauk pari masak dalam lokap ya sayang". Tidak ketinggalan di ruang komentar, pelakon Wak Doyok turut mempersoalkan tindakan lelaki itu terhadap pelajar tahfiz yang disifatkan keterlaluan. Berkongsi pandangan yang sama Pencetus Ummah (PU), Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali PU Amin menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelaku dalam video tersebut. Sementara itu, Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut dan pengesahan kejadian dari pihak polis. Sumber: Sinar Harian
|
CiliPadiSedap: dia ada sebut hormat orang tua ...
supernaturalee replied at 13-8-2022 06:40 AM
Komen retis2 msia....x nmpk matang langsung
ADVERTISEMENT