CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Heret Anak Angkat Sering Mencuri Ditahan Polis

12-8-2022 06:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1111| Komen: 1

Description: Perbuatan wanita mengheret anak angkatnya berusia 10 tahun atas jalan bagi memberi pengajaran kerana kanak-kanak itu didakwa kerap mencuri di Tanjung Sepat di sini membawa padah apabila dia ditahan ha ...
Perbuatan wanita mengheret anak angkatnya berusia 10 tahun atas jalan bagi memberi pengajaran kerana kanak-kanak itu didakwa kerap mencuri di Tanjung Sepat di sini membawa padah apabila dia ditahan hari ini.


Suspek yang berusia dalam lingkungan 60-an diberkas pada pukul 12.10 tengah malam tadi di rumahnya di Tanjung Sepat selepas insiden itu tular menerusi video berdurasi 33 saat.


Tangkap layar seorang kanak-kanak perempuan diheret ibu angkatnya di halaman rumah mereka di Tanjung Sepat, Kuala Langat

Polis menerima laporan berhubung video tular tersebut semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa baru pulang dari sekolah dan masih memakai pakaian seragam.

Katanya, mangsa merupakan anak angkat suspek yang berdaftar dan tinggal bersamanya sejak kecil lagi.

“Siasatan mendapati punca kejadian disebabkan mangsa beberapa kali mencuri wang suspek. Tujuan wanita itu berbuat demikian supaya anak angkatnya tidak mengulangi perbuatan sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Banting di sini untuk mendapatkan rawatan dan disahkan mengalami kecederaan ringan di kepala.

Tambah Ahmad Ridhwan, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Wanita warga emas itu tidak direman kerana faktor umur dan mempunyai penyakit darah tinggi. Mangsa pula diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” ujarnya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 13-8-2022 12:59 AM
Kasihan... Semoga bertemu hidayah

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.065615 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top