|
Masih ingat dengan ahli kumpulan KPOP terkenal IN2IT, Isaac Voo yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah? Berhijrah ke Korea sejak tahun 2015, Isaac mencipta nama di sana dua tahun setelah menyertai pelbagai uji bakat di beberapa syarikat pengurusan artis.
Walau bagaimanapun, pemuda berusia 28 tahun berkenaan kembali semula ke Malaysia untuk aktiviti solo selepas rakan sekumpulan yang lain perlu menjalani latihan ketenteraan wajib di negara tersebut. Terbaru, Isaac dilihat mengunjungi sebuah restoran mamak sebelum melakukan sesi live bersama peminat.
Namun, sewaktu ingin memesan air secara ‘ikat tepi’, pemuda tersebut seakan-akan keliru sehingga menyebutnya dengan salah. Akhirnya, waiter berkenaan membaca sendiri di ruangan komen apakah yang dimaksudkan dengan permintaan tersebut sebelum tergelak besar. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mereka. Lebih melucukan apabila pekerja berkenaan malah mengeluarkan slang yang aneh ketika hendak berbual dengan penyanyi Korea berkenaan. Sumber: Kisah Dunia
|
KamikuP replied at 11-8-2022 02:22 PM
Lucu kan depa berdua ni.. kiki
kechikchomel replied at 11-8-2022 02:46 PM
IN2IT ni bukan brand mekap ke? iolss igt lagi classmate iolss suka pakai brand ni.
mur2 je.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.069875 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.