Pemilihan pelakon jelita dan tampan bagi memegang watak utama dalam sesebuah drama seolah-olah menjadi syarat wajib yang kebanyakan stesen televisyen berikan kepada penerbit.
Memetik laporan Berita Harian, pengarah dan pelakon, Ogy Ahmad Daud sama sekali tidak bersetuju dengan syarat yang dipraktikkan kerana baginya, paras rupa bukan 'rukun' untuk menjadi pelakon.
"Saya lihat, industri kita lebih fokus kepada fizikal dengan lelaki harus berwajah jambu atau badan six pack. Heroin pula mesti cantik sedangkan bagi saya, itu bukan rukun menjadi aktor.
"Aktor dituntut menjadi bijak dan cerdik. Contohnya Eman Manan antara aktor 'jantan'. Begitu juga Beto Kusyairy dan sekarang saya lihat potensi Fattah Amin.
"Saya nampak Fattah semakin matang. Dahulu dia dilabel 'kayu'. Tetapi ketika itu, dia mungkin belum matang sebagai aktor.
"Bagi saya, perkara itu normal dan memang proses perlu dilalui setiap pelakon. Saya dahulu pun pelakon 'kayu' ketika membintangi filem Hati Batu," katanya.
Bagi Ogy, bakat baharu tidak sepatutnya dibiarkan terkapai-kapai menimba ilmu sendiri. Sebaliknya, penerbit dan aktor senior perlu saling membantu agar dapat membina keyakinan pelakon baharu.
"Di luar negara, jika produksi mengambil pelakon baharu dan cipta satu watak, katakanlah filem epik, mereka akan asah pelakon itu mengikut karakter hingga berjaya.
"Suasana itu berbeza dengan di negara ini. Mereka campakkan pelakon baharu terkapai-kapai di set penggambaran. Apabila datang pelakon senior, mulalah terketar-ketar lutut mereka. Jika dapat pelakon senior yang memahami dan sudi berlatih sebelum masih set, tidak mengapa.
"Tetapi, bagaimana jika pelakon senior yang tidak beri muka, sebaliknya minta mereka belajar sebelum berlakon, tidakkah itu akan melutur dan menghancurkan semangat mereka," katanya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
untuk zaman banyak persaingan ni memang cantik dan herlok tu adalah syarat untuk tarik penonton...
kalau bubuh ogy dan bandi suriati sebagai heroin drama cinta cintun agak2 orang selera ke nak tengok drama ke filem tu??
dah la penat2 bayar astro lepastu pakat2 kalih tengok animal planet waktu watak heroin keluar...
negara luar macam korea, cina, amerika pun dah mula ikut taste penonton ambil pelakon herlok2... ni cerita negara nun jauh di sana...
yang terdekat ya itu negara jiran thailand pun pelakon herlok2 sekarang ni...
kalau ikut pilihan acik ogy ni memang penonton2 sekarang pakat kalih ke channel animal planet la nampaknya kalau kelindan lori dan amah perah santan masih jadi hero/heroin...