Ramai teruja apabila mengetahui terdapat kompleks beli-belah berkonsepkan Muslim pertama iaitu Malakat Mall yang dibuka di bandar teknologi Cyberjaya sekitar dua tahun lalu.
Terbaru, bangunan seluas lebih 13006.43 meter persegi itu dilihat gagal menjadi tarikan pengunjung walaupun pada hujung minggu yang kebanyakan orang keluar untuk membeli-belah. Seorang pengguna aplikasi TikTok, @aqlanrosli_ berkongsi satu video ketika mengunjungi kompleks empat tingkat itu yang memaparkan persekitaran sunyi dengan hanya kehadiran beberapa pengunjung. Menerusi rakaman itu, dia hairan memikirkan punca Malakat Mall menjadi ‘sendu’ kerana kompleks tersebut lengkap dengan pelbagai kemudahan, outlet, dan medan selera seperti pusat beli-belah lain.
@aqlanrosli_ berkata, lebih menimbulkan rasa kasihan apabila pemilik kedai telah mengeluarkan sejumlah wang bagi mengubah suai outlet mereka, tetapi tidak mendapat keuntungan jualan yang disasarkan. Selain itu, ada juga segelintir individu memberi cadangan supaya membetulkan teknik pemasaran atau mengadakan program tertentu supaya dapat menarik minat pengunjung untuk membeli-belah di situ. Sementara itu, pengasas Malakat Mall iaitu Fadzil Hashim mengakui pihaknya sedang merancang bagi membangunkan semula kompleks berkenaan untuk menarik ramai pengunjung seperti awal pembukaan dahulu. Sumber: OMM
|
ifanonline replied at 11-8-2022 10:20 AM
pernah ke malakat mall...satu destinasi yg menarik utk membeli belah dan makan2...i am a staunch sup ...
fergie.abel replied at 11-8-2022 10:47 AM
I pernah ke supermarket dia ni, barang tak tersusun, byk perishables yang dah rosak, tapi masih leta ...
pyropura replied at 11-8-2022 10:45 AM
Todays business guna data analytical lar. Macam Mr Diy jadi mencanak2 naik walaupun jual barangan ...
ADVERTISEMENT