CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pergi Lantak Orang Body Shaming, Yang Penting 'Ahli Ke-5' Dolla Lincah Menari!

9-8-2022 10:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3500| Komen: 22

Description: Aksi seorang lelaki lincah menari bersama kumpulan Dolla ternyata mengundang pelbagai reaksi di media sosial.
Aksi seorang lelaki lincah menari bersama kumpulan Dolla ternyata mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Penangan video tular di TikTok itu menyebabkan Nazrin Ibrahim, 24, turut diberi gelaran 'anggota kelima' kumpulan popular berkenaan.



IG/TikTok Nazrin

Bercerita kepada mStar, dia yang senang disapa Nazrin mengakui teruja apabila diberi peluang untuk menari bersama kumpulan itu dalam sebuah acara di Angsana Johor Bahru Mall pada Sabtu petang.

"Dalam acara itu, ada beberapa artis seperti Kaka Azraf, Joe Flizzow, SonaOne, Haqiem Rusli dan Dolla. Saya dan rakan sekerja memang pergi ke acara itu untuk tengok Dolla.


"Ketika Dolla buat persembahan, saya turut menari di bawah. Jadi pengacara majlis nampak saya dan panggil naik. Sejujurnya sangat teruja sebab dapat menari lagu Bad bersama Dolla.



"Dolla pun nampak terkejut sebab setiap detail koreografi mereka saya hafal. Bila kongsi video di media sosial, ramai pula yang kata saya anggota kelima Dolla," ujarnya berseloroh.

Menurut pegawai khidmat pelanggan itu, dia meminati Dolla sejak tahun 2020 dan sering menghafal rentak tari kumpulan itu sebagai hobi masa lapang.

Di sebalik kenangan manis dapat menari bersama Dolla, Nazrin berkata dia juga tidak dapat menutup mulut segelintir individu yang berkata negatif mengenai fizikalnya.

"Setakat ini saya nampak ada beberapa komen negatif. Sebelum ni kalau saya post video pun, banyak je orang yang kecam. Body shaming paling banyak. Tapi saya anggap itu biasa, tak semua orang suka kita.

"Lain manusia lain pandangannya. Kepada orang di luar sana, jangan pernah takut untuk serlahkan bakat anda. Kalau takut, mana nak datang keyakinan diri? Bila kita tunjuk bakat, mesti ada orang tak suka.

"Alhamdulillah, bila saya tunjuk bakat menari, ada juga orang yang jadikan saya sebagai inspirasi. Mereka tengok keyakinan saya tinggi sebab saya berbadan besar. Dengan sokongan ramai, saya jadi lebih yakin. Saya pun bersemangat untuk terus menari," ujarnya lagi.



Menurut anak jati Perak itu, dia juga mahu menitipkan ucapan penghargaan kepada kumpulan Dolla atas bakat yang dipamerkan selama ini.

Kata Nazrin, dia mahu melihat Dolla meneroka dunia dan menjadi salah sebuah kumpulan paling berjaya di Malaysia.

"Saya mula minat Dolla pada tahun 2020. Awal-awal kemunculan mereka, saya pernah buat dance cover dan mereka repost di Instagram. Kali ini, saya pertama kali dapat jumpa mereka depan-depan.



"Atas pentas mereka nampak profesional ketika buat persembahan, kemudian bila jumpa, mereka sangatlah merendah diri. Saya harap Dolla dapat bawa nama Malaysia ke negara luar. Terima kasih kerana beri inspirasi kepada saya," ujarnya lagi.

Untuk rekod, kumpulan Dolla yang dianggotai oleh Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel popular dengan lagu Dolla Make You Wanna, Watch Me Glow dan Raya Raya Raya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 9-8-2022 10:47 PM
Ni pun jadi gosip eh sundel
Quote slyfynx 10-8-2022 12:09 AM
Bodo ape mende ni kene gosip?
Retis kah orang kelima itu?
Quote September14 10-8-2022 12:14 AM
Eddy shedy kut nih
Quote dua_chzy 10-8-2022 12:29 AM
Aiol terhibur. You go boi!

Belum pandai sangat lagik ya bebudak Doll ni interact dengan peminat. Nampak awkward pula meka. Macam mamat tu yang artis.
Quote Nenolen 10-8-2022 12:39 AM
terhibur kaka tgk adik tu menari…pandai dia menari…
Quote lattehazelnut 10-8-2022 03:30 AM
Tp ni bukan gosip retis
Quote diamondhoney 10-8-2022 08:51 AM
Bagus jugak ade fan cenggini.. Meriah sikit..
Quote bulalof 10-8-2022 08:55 AM
terlalu byk diversion terhadap persoalan hidup yg sebenar....
Quote beta_carotene 10-8-2022 08:59 AM
Bapok badak punya confident level mmg to the roof
Quote salimrock 10-8-2022 09:42 AM
beta_carotene replied at 10-8-2022 08:59 AM
Bapok badak punya confident level mmg to the roof

kasi la dia hepi...
Quote salimrock 10-8-2022 09:45 AM
orang2 ceggini mmg selalu menjadi penghibur yg melucu kan suasana, aku yakin dia jenis bulem ( budak lembut)
Quote MadameOnion 10-8-2022 09:53 AM
dia ni pernah masuk MHI menari lagu black pink
Quote pembacagosip 10-8-2022 10:07 AM
lincah dia menari ok la tu
Quote nyoyoyenye 10-8-2022 10:12 AM
haalaaa kelempok fonen sangat
Quote prettyuglybabe 10-8-2022 10:12 AM
sedihnya retis tak boleh berinteraksi dengan fan..
setakat tunjuk perut jah..
Quote sangbara2020 10-8-2022 12:05 PM
aku ingatkan dolla cantik
Quote hyie 10-8-2022 03:41 PM
kelez kau nokkkkkk! iols pernah tengok pertandingan menari tarian Melayu, pastu ada sorang fonen gems ni memula iols speku heshe hazabedah yach bila menari, tup2 heshe terpaling lentik elok je gerak tari heshe ingatkan memula macam susah nanti heshe nak pusing2 badan ke apa gitulah
Quote reporter_kalut 10-8-2022 10:16 PM
Enjoy your life nok.. Pedulik apa org nak kata.. Kita jantan jgn kecut telo..
Quote LautBiru52 14-8-2022 04:22 PM
Kemain meliuk lentik kamu ye. Hebat. [em:4:]

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.060024 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top