|
Sering menerima komen tentang perubahan pada susuk tubuhnya yang dikatakan semakin berisi, penyanyi Fieya Julia mengakui kata-kata tersebut membuatkan dirinya berasa down.
Pernah memberi komen balas terhadap isu tersebut secara bersemuka, Fieya atau Nur Syafiyah Sejali, 23,bagaimanapun bimbang jika respons tersebut membuatkan peminat terasa hati. "Sudah banyak kali orang komen tentang badan saya berisi. Saya rasa macam body shaming. Bukan sahaja ditegur bersemuka, ketika sesi live di media sosial juga ada kata begitu. "Mereka yang menegur itu ada terdiri dalam kalangan peminat yang banyak menyokong kerjaya jadi serba-salah untuk beri maklum balas kerana bimbang mereka terasa hati.
"Jadi lebih baik saya luahkan di media sosial biar sampai kepada mereka yang tegur. Kalau nak cakap kepada setiap invidu susah juga kerana terlalu ramai," katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 04:50 PM GMT+8 , Processed in 1.047927 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.