CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kita Tak Ban Dia' - Penerbit Drama Maafkan Ben Amir Walau Rugi RM600,000

10-8-2022 06:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3483| Komen: 20

Penerbit drama, Datin Mahfuzah Zakiah Abdain enggan menyenaraihitamkan pelakon Ben Amir meskipun hero tampan itu pernah berdepan krisis melibatkan saman melanggar kontrak.


Menurut Mahfuzah, ketegangan antara mereka sudah selesai dan pihaknya terbuka untuk bekerjasama dengan Ben Amir.


OHBulan

"Biasalah adakalanya kita akan tergelincir sedikit, kita tak tahu. Ben orangnya baik, kita tak ban. Hal yang lepas sudah berlalu dan saya sudah maafkannya. Tiada isu antara saya dan dia," katanya.

Tambahnya, biarpun berdepan kerugian lebih RM600,000 akibat pandemik dan beberapa isu berkaitan sepanjang penggambaran, beliau tetap berpuas hati dengan hasilnya.


"Kerugian saya lebih kurang RM600,000, tapi saya berpuas hati. Dengan apa yang berlaku, dengan ada kes mahkamah yang sudah diselesaikan cara baik saya sudah memaafkan. 

"Banyak pengajaran yang saya perolehi sepanjang proses penerbitan drama ini walaupun dua tahun sudah berlalu. Semangat persahabatan! Dalam industri kita, tak kira apa juga status untuk memperoleh semangat setiakawan itu bukan mudah," katanya.


IG Ben

Ujar pengarah drama, Rahila Ali pula, dia terbuka bekerjasama dengan Ben Amir sekiranya mempunyai peluang lagi.

"Apa yang dah berlaku sudahpun berlaku, kita manusia dan tak sempurna. Mungkin ada tergelincir. Kalau ada jodoh, kita akan bekerja kembali," ujarnya.

Pada 27 Mac 2020, pihak produksi mendakwa pelakon Ben Amir pulang ke Malaysia secara sendirian meninggalkan semua kru produksi dan pelakon yang sedang menjalankan penggambaran di Scotland. 

Tindakan tersebut dianggap sangat tidak bertanggungjawab dan dianggap mementingkan diri.


IG Ben

Selain itu, dikatakan pelakon tersebut juga enggan menyiapkan baki penggambaran drama tersebut di Malaysia, sekali gus tempatnya digantikan dengan pelakon lain serta penggambaran semula harus dijalankan pihak produksi. 

Susulan daripada itu, Ben Amir diperintah membayar RM 100,000 sebagai ganti rugi kepada syarikat produksi Elisa Vision Sdn Bhd.


Sumber: OHBulan

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote reporter_kalut 10-8-2022 07:02 PM
Ban dan Ben.. Sekufu je..
Quote iraizz 10-8-2022 07:28 PM
Aku pun rasa ben baik orang nyer, kalau jenis kurang ajar tak sopan takde nyer penerbit drama tu nak kerjasama lagi..
Quote pauliza 10-8-2022 07:34 PM
Hensem pulak nampak heols dlm drama Honeymoon tu .Haha sengal jugak bila tgk bloopers ,ingat kan serius org nya
Quote nakkomenjugak 10-8-2022 07:35 PM
Wahhh makin kendu yachhhh bamben
Quote bunnyj3lly 10-8-2022 07:48 PM
pauliza replied at 10-8-2022 07:34 PM
Hensem pulak nampak heols dlm drama Honeymoon tu .Haha sengal jugak bila tgk bloopers ,ingat kan ser ...


Haha. I geram tengok Zara Zya punya bantal "gemokkan badan" tu. Rasa nk picit je. Bantal donat okay je.
Quote dudaberhias 10-8-2022 08:26 PM
baru la nampak ada rupa manusia sikit bila rambut pendek... tasy jugak la...
kalau rambut panjang eee geli...

retis jantan yang tak herlok berambus panjang :
sean lee
hun haqeem...

kalau la iols ada kat sebelah dah tolong tobekkan rambut seko2...
Quote Mary_jane 10-8-2022 10:47 PM
Wah dah gaya2 oppa plak kat atas tu.
Quote ctnorenjoy 10-8-2022 11:27 PM
Tajuk artikel tu pun... 600k akibat pandemik & beberapa isu spnjg penggambaran. Bukanla sebab ben je. Ben cuma kena bayar smula 100k. Slesai cara baik.
Pengarah & penerbit pun elok je nk bkerjasama lg. Dah sihat ni blh aktif smula.
Quote dua_chzy 10-8-2022 11:29 PM
Adik aiol dulu ada la sikit iras Ben Amir ni. Tapi bila dah gemok takda iras dah, jadik Bantat Amir dah.
Quote Nenasketum 11-8-2022 10:47 AM
Aku pun rasa dia ni super cool. Berlakon dengan Zara Zya macam kakak & adik, rupa seiras. Tapi terserlah lah tinggi & handsome dia.
Quote sukacactus 11-8-2022 11:01 AM
Kita tak ban Ben
Quote KamikuP 11-8-2022 11:58 AM
Mcam mana rupa Rahila Ali tu ye? Misteri sunngguh orgnya
Quote 46BlueBerry 11-8-2022 02:09 PM
ctnorenjoy replied at 10-8-2022 11:27 PM
Tajuk artikel tu pun... 600k akibat pandemik & beberapa isu spnjg penggambaran. Bukanla sebab ben je ...

headline kena la mengundang. nak clickbait punya pasal. dpt lak kat orang yg malas baca artikel, tak memasal salah faham.
production tak bukak banyak cite la sebab depa yg amek risiko nak shoot kt oversea time covid mencanak naik.

Quote buragazz 11-8-2022 02:23 PM
dua_chzy replied at 10-8-2022 11:29 PM
Adik aiol dulu ada la sikit iras Ben Amir ni. Tapi bila dah gemok takda iras dah, jadik Bantat Amir  ...

Kejam ko bantat kan adik sendiri..
Quote NekNgah 11-8-2022 02:42 PM
Nak promote drama Demi tapi tetap nak sebut nama Ben.

Pelakon utaman drama Demi tu Puteri Aisyah, Keith Foo & Ashraf Muslim.  Tak perlu lagi sebut-sebut Ben Amir.

Director pun bukan main dah maki hamun Ben tapi tak malu nak bekerjasama lagi.
Quote stania83 11-8-2022 02:45 PM
jadah nak jadi bigger person, padahal rugi sbb covid. orang covid korang sibuk berlakon oversea..
Quote ctnorenjoy 11-8-2022 02:46 PM
Nenasketum replied at 11-8-2022 10:47 AM
Aku pun rasa dia ni super cool. Berlakon dengan Zara Zya macam kakak & adik, rupa seiras. Tapi terse ...

Michael ang cakap ben ni btl2 lelaki, xbanyak cakap, xsuka brgosip. So, rasa dia mmg cool je orangnya plus gentleman
Quote ctnorenjoy 11-8-2022 02:49 PM
46BlueBerry replied at 11-8-2022 02:09 PM
headline kena la mengundang. nak clickbait punya pasal. dpt lak kat orang yg malas baca artikel, ta ...

Kan... Mujur haritu masa kat court dah banyak news yg explain benda ni. Orang pun xlayan sgt skrg ni. Cerita da basi.
Quote NekNgah 12-8-2022 09:06 AM
ctnorenjoy replied at 11-8-2022 02:49 PM
Kan... Mujur haritu masa kat court dah banyak news yg explain benda ni. Orang pun xlayan sgt skrg  ...

Nak jual drama tapi guna nama orang yang dah tak terlibat lagi dalam project tu.

Boleh aje nak cerita pasal Puteri, Ashraff Muslim dan crew yang ramai-ramai positif Covid siap package masuk ICU lagi.

Tapi nak guna juga nama Ben Amir.  Mentang-mentang tengah naik dengan drama Honey-Moon.  Buat comeback dengan rambut pendek pun dapat coverage sana sini.
Ride selagi boleh kan.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.075046 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top