Pelakon dan usahawan pulut kuning, Zarina Zainuddin menerima banyak teguran warganet berikutan adegan ‘lamaran’ anaknya, Azal kepada pelakon Neera Azizi semasa di set penggambaran untuk drama Bukan Lelaki Terhebat.
Meskipun penjelasan ringkas telah diberikan di Instagramnya, masih ada warganet mempersoalkannya. Justeru, Zarina tampil sekali lagi memberi penjelasan dari lubuk hati seorang ibu. Tegasnya, dia tidak pernah berhenti mendidik anak istimewanya itu untuk menjalani kehidupan yang normal.
Penjelasan yang dikongsikan Zarina ini mendapat banyak titipan kata-kata semangat dari peminatnya di ruangan komen, rata-rata mereka mendoakan agar pelakon ini kekal kuat, tabah dan berpesan agar tidak terlalu ambil peduli tentang komen negatif masyarakat. |
sofi_sofia replied at 11-8-2022 11:27 AM
dia nih mak gila ke? naper dia suka trigger anak dia psl sex ek? dlm youtube tu bersepah2 vid dia ra ...
ladybugz replied at 11-8-2022 11:56 AM
mungkin zarina boleh tapis sedikit la pasal perkembangan anak dia. i mean diorg dah besar ada perkar ...
ADVERTISEMENT