CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berdarah Muka, Danish 'Rehat' Kejap Dari Lakonan Akibat Kemalangan

10-8-2022 02:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1383| Komen: 4

Description: Pelakon, Danish Iskandar, 18, bersyukur kerana tidak berdepan sebarang kecederaan teruk selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pagi semalam.Danish ketika dihubungi berkata, kejadian yang berlaku ...
Pelakon, Danish Iskandar, 18, bersyukur kerana tidak berdepan sebarang kecederaan teruk selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pagi semalam.

Danish ketika dihubungi berkata, kejadian yang berlaku di Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) berhampiran Seri Kembangan itu membabitkannya bersama lima rakan lain yang pada ketika itu, dalam perjalanan menuju ke Putrajaya dari Kuala Lumpur.


IG Danish

"Dalam kejadian itu yang berlaku sekitar jam 8 pagi semalam itu, kereta Perodua Alza yang dipandu rakan saya terbabas selepas dia terlelap seketika. Itu sekali gus menyebabkan kenderaan yang kami naiki terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum berpusing.


"Empat orang termasuk saya hanya mengalami cedera ringan, tetapi dua orang rakan yang lain cedera parah dan salah seorang daripada mereka terpaksa menjalani pembedahan. Alhamdulillah, hari ini semuanya dalam keadaan stabil," katanya kepada Harian Metro.



Menurut Danish yang mengalami retak bahu kiri dan dirawat di Hospital Putrajaya, kemalangan itu umpama nyawa kedua buatnya.

"Benda ini memang tak ada sesiapa yang jangkakan. Sewaktu itu pun, kami semua tertidur kecuali rakan yang memandu. Tapi, pada masa sama, dia pun mula rasa mengantuk dan maklumkan nak berhenti sekejap di stesen minyak.



"Belum sempat sampai stesen minyak berhampiran, dia dah terlelap. Sebelum melanggar pembahagi jalan, saya sempat tersedar dan memang menyaksikan sendiri kereta yang kami naiki berpusing di atas jalan. Memang apa yang berlaku umpama saya diberikan nyawa kedua," katanya.

Danish kini dinasihatkan doktor untuk berehat sebentar daripada kerja-kerja lakonan sehingga pulih sepenuhnya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pembacagosip 10-8-2022 02:43 PM
oh ingat danish rosyam nor
Quote diamondhoney 10-8-2022 02:53 PM
pembacagosip replied at 10-8-2022 02:43 PM
oh ingat danish rosyam nor

sumpah.. iols pun ingat Danish tu.. X sedar kewujudan Danish ni
Quote shernazz 10-8-2022 05:21 PM
pembacagosip replied at 10-8-2022 02:43 PM
oh ingat danish rosyam nor

Naseb baca content kan..
Iols pung ingat rosyam noor
Quote alieyrina 10-8-2022 08:33 PM
Aku ingat sapa la berdarah danish kat mesia ni haahahaha

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.546141 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top