Pelakon Hollywood, Ezra Miller didakwa atas tuduhan pecah rumah selepas disyaki menceroboh sebuah rumah di Vermont untuk mencuri beberapa botol alkohol.
Lapor BBC, berdasarkan laporan polis, pihaknya dimaklumkan mengenai kes pecah masuk di kediaman terletak di bandar Stamford pada 1 Mei lalu. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah itu, menyebabkan polis mengesyaki pelakon yang membintangi filem The Flash. Menurut polis negeri Vermont, tiada sesiapa berada di rumah ketika kediaman itu dipecah masuk.
“Hasil siasatan termasuk bukti rakaman CCTV dan keterangan membawa kepada sebab kemungkinan dakwaan Miller atas kesalahan pecah rumah yang tidak berpenghuni,” kata polis dalam kenyataan. Miller turut menghadapi tuduhan serangan di Hawaii dan dakwaan mendera daripada beberapa wanita. Pelakon filem Fantastic Beast dan Justice League itu juga diarahkan untuk hadir ke mahkamah bagi menghadpai pertuduhan pada 26 September. Dakwaan pecah rumah merupakan terbaharu dalam rentetan kejadian membabitkan pelakon berusia 29 tahun itu. Pada April lalu, polis Hawaii menahan Miller kerana didakwa membaling kerusi yang mengenai dahi wanita berusia 26 tahun. Dua minggu sebelum itu, Miller didakwa melakukan gangguan dan berkelakuan tidak senonoh di sebuah bar karaoke di Hawaii. Sumber: Utusan
|
LoveSungmin replied at 10-8-2022 11:07 PM
bukan heols ni ke yang kahwin dengan awek sabahan tu?
bloodyamuk replied at 10-8-2022 11:38 PM
yang tu The Flash series...Grant Gustin
ADVERTISEMENT