CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-kanak Buli 'Donald Duck' OKU, Play Victim Bila Kena Marah

10-8-2022 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1983| Komen: 16

Luluh hati seorang adik melihat rakaman abangnya yang kelainan upaya dibuli ketika mencari rezeki.

Seperti dikongsikan di media sosial, kelihatan seorang individu memakai kostum karakter kartun animasi Donald Duck dibuli dipercayai berlaku di Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang.



TikTok/mstar

Ketika dihubungi mStar, Nurul Shakirah Mohd Nordin, 30, tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih dan marah tatkala melihat abang sulung, Hamdan Mohd Nordin, 33, menjadi mangsa usikan kanak-kanak.

"Saya dapat tahu apabila ibu saudara tunjuk video tu. Saya sangat tak berpuas hati dengan apa terjadi sampai saya menangis.


"Jarak umur kami dekat saja, kami membesar bersama. Sejak kecil sampai sekarang kami masih tinggal sebumbung. Apabila ada orang buli dia macam tu memang saya tak boleh terima.


Shakirah bersama abangnya/mstar

"Adik-beradik lain pun kalau dibuli memang saya pertahankan mereka, apatah lagi abang saya tu OKU (orang kelainan upaya).

"Dia baru buat kerja tu sejak tiga minggu lalu. Dia baik dengan adik-beradik, tapi kalau ada yang mengganggu emosi, memang dia akan marah dan bertindak di luar kawalan. Sebab tu saya takut apabila dibuli dan diejek, bimbang dia akan mengamuk,” jelasnya.

Menurut Shakirah yang sudah kehilangan ibu sejak lima tahun lalu, abangnya cuba mendapatkan ibu bapa kepada ‘pembuli’ itu untuk mengadu tentang insiden berkenan, namun gagal apabila mereka beredar sejurus selepas itu.

Terkilan dengan apa yang terjadi, Shakirah yang merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik sedaya upaya mahu menjaga kebajikan darah dagingnya.

“Mereka amanah saya selepas arwah mak meninggal dunia. Apa saya nak jawab nanti dekat ‘sana’ kalau tak laksanakan dengan sebaiknya. Walaupun masih ada ayah tapi saya yang bertanggung jawab ke atas mereka.

“Menurut apa yang diberitahu abang, parents budak tu langsung tidak berjumpa dan meminta maaf dekat dia,” ujarnya penuh hampa dengan apa telah terjadi.

Kata Shakirah, Hamdan yang memiliki masalah dalam pembelajaran bagaimanapun tetap bersemangat untuk meneruskan pekerjaannya selepas insiden berkenaan.

Susulan insiden buli berkenaan, muncul satu lagi video menunjukkan seorang kanak-kanak baring sambil menangis ketika dimarahi ibunya.

Difahamkan kanak-kanak itu adalah pembuli Hamdan.

Rata-rata netizen turut menyatakan rasa simpati di ruangan komen dengan nasib Hamdan yang dibuli ketika mencari rezeki itu.


Hamdan tetap bersemangat untuk mencari rezeki sendiri/mStar

"Apabila tengok video viral dibuli macam ni... dan terjadi pula pada ahli keluarga sendiri, memang cukup menyedihkan.

"Saya harap ibu bapa di luar sana pantau anak masing-masing. Didiklah mereka dengan sebaiknya.

"Didik mereka bahawa buli ni satu budaya yang tidak elok demi menjamin kesejahteraan masyarakat,” kata Shakirah.



Sementara itu rata-rata netizen turut melahirkan rasa kurang senang dengan insiden buli berkenaan.

Kata mereka ibu bapa seharusnya memantau atau anak masing-masing agar perkara tidak baik seperti itu terus berlaku.


Add Image Caption Here
Add Image Caption Here
Add Image Caption Here
Add Image Caption Here



Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 10-8-2022 12:40 PM
Piat je telinga budak ni. Aku memang geram kat makbapak yg xreti ajar anak. Rasa baik tampo makbapak dulu baru anak dia.
Quote prettyuglybabe 10-8-2022 12:42 PM
contoh budak yang patut kena sepak..
semoga mak bapak budak ni tak membiak dah..
Quote Kurex 10-8-2022 12:47 PM
Sebak iols.. iols sendiri rasa nak nangis...
Quote Carcosa 10-8-2022 12:47 PM
Acah2 je marah anak yg jadi potential mat rempit tu.
Kang dah besar, kau marah, cenggitu ajelah dia
Quote KamikuP 10-8-2022 02:37 PM
Budak ni bila besar ada harapanjadi mat rempit tak pun mendadih
Quote lattehazelnut 10-8-2022 02:48 PM
Oh kesiannye..
Kalau bwk anak buah i trus je cakap tanak kalau part ambik gambar dgn org pkai kostume or clown..
Xfikir sgt yang kat dlm maybe org oku or kurang bernasib baik..
Quote anony-mous 10-8-2022 02:51 PM
Budak yg membuli ni dah besor esok ada chances tggi jd penjenayah. Menipu pulak tu
Quote myakayina 10-8-2022 03:05 PM
kecik2 dah jahat..
Quote pinggan 10-8-2022 03:23 PM
Kesian nya. Susah nak ajar budak2 kecik yg nakal ni. Lagi2 klau ibubapa budak2 tu pun kurang prihatin. Mcm anak Kak Long 7E tu dulu. Budak2 belajar dari org dewasa
Quote CariMalay 10-8-2022 10:49 PM
Bila dah besar confirm jadi sampah masyarakat. Kecik2 dah nampak jadi apa
Quote dua_chzy 10-8-2022 10:56 PM
Edited by dua_chzy at 10-8-2022 02:58 PM

Budak2 dan mak bapak budak sebegini la yang nantinya jadik serangga perosak kat sekolah. Dan biasanya sebab mak pak pantang ditegur, anak jadik raja kat sekolah pun cuit sikit, melenting. Pehtu harapkan cikgu nak didik padehal bukan keluar dari poen cikgu pun budak tu. Dah la seminggu jumpa face to face tak sampai 6 jam.

(Teringat GB tadika anak aiol, buat status luahan hati kat wasap sebab dimarah balik oleh mak bapak bila sheol cuba slow talk kasik tau kat mak bapak anak meka suka pukul anak2 orang kat sekolah. Anak aiol pun kenal budak tu, kuat memukul katanya. Mak pak salahkan cikgu tak reti tackle budak tu. )
Quote damsel_fiji 10-8-2022 10:59 PM
Anak setan mana lah ni
Quote hyie 10-8-2022 11:00 PM
iols kan kalau jumpa bebudak degil gini, iols akan lalu sebelah dia sambil tackle kaki dia sampai jatuh baru padan muka ngko
Quote kepompong 10-8-2022 11:03 PM
ada vape kat leher
Quote faraway1 10-8-2022 11:30 PM
Dah tersiar gambar ni, harap siar gambar mak pak pula..
Anak contoh didikan ibubapa gitu
Quote jas7512 10-8-2022 11:48 PM
Ntah2 mak bapak pun pembuli sbb tu x didik.anak baik2..mana2 manusia yg perangai x semenggah tu hrp2 koramg x membiak atau membiak byk2..lahirkan generasi yg fuck.up je nanti

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.301671 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top