View: 1402|Reply: 16
|
Kanak-kanak Buli 'Donald Duck' OKU, Play Victim Bila Kena Marah
[Copy link]
|
|
Luluh hati seorang adik melihat rakaman abangnya yang kelainan upaya dibuli ketika mencari rezeki.
Seperti dikongsikan di media sosial, kelihatan seorang individu memakai kostum karakter kartun animasi Donald Duck dibuli dipercayai berlaku di Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang.
 TikTok/mstar
Ketika dihubungi mStar, Nurul Shakirah Mohd Nordin, 30, tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih dan marah tatkala melihat abang sulung, Hamdan Mohd Nordin, 33, menjadi mangsa usikan kanak-kanak.
"Saya dapat tahu apabila ibu saudara tunjuk video tu. Saya sangat tak berpuas hati dengan apa terjadi sampai saya menangis.
"Jarak umur kami dekat saja, kami membesar bersama. Sejak kecil sampai sekarang kami masih tinggal sebumbung. Apabila ada orang buli dia macam tu memang saya tak boleh terima.
 Shakirah bersama abangnya/mstar
"Adik-beradik lain pun kalau dibuli memang saya pertahankan mereka, apatah lagi abang saya tu OKU (orang kelainan upaya).
"Dia baru buat kerja tu sejak tiga minggu lalu. Dia baik dengan adik-beradik, tapi kalau ada yang mengganggu emosi, memang dia akan marah dan bertindak di luar kawalan. Sebab tu saya takut apabila dibuli dan diejek, bimbang dia akan mengamuk,” jelasnya.
Menurut Shakirah yang sudah kehilangan ibu sejak lima tahun lalu, abangnya cuba mendapatkan ibu bapa kepada ‘pembuli’ itu untuk mengadu tentang insiden berkenan, namun gagal apabila mereka beredar sejurus selepas itu.
Terkilan dengan apa yang terjadi, Shakirah yang merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik sedaya upaya mahu menjaga kebajikan darah dagingnya.
“Mereka amanah saya selepas arwah mak meninggal dunia. Apa saya nak jawab nanti dekat ‘sana’ kalau tak laksanakan dengan sebaiknya. Walaupun masih ada ayah tapi saya yang bertanggung jawab ke atas mereka.
“Menurut apa yang diberitahu abang, parents budak tu langsung tidak berjumpa dan meminta maaf dekat dia,” ujarnya penuh hampa dengan apa telah terjadi.
Kata Shakirah, Hamdan yang memiliki masalah dalam pembelajaran bagaimanapun tetap bersemangat untuk meneruskan pekerjaannya selepas insiden berkenaan.
Susulan insiden buli berkenaan, muncul satu lagi video menunjukkan seorang kanak-kanak baring sambil menangis ketika dimarahi ibunya.
Difahamkan kanak-kanak itu adalah pembuli Hamdan.
Rata-rata netizen turut menyatakan rasa simpati di ruangan komen dengan nasib Hamdan yang dibuli ketika mencari rezeki itu.
 Hamdan tetap bersemangat untuk mencari rezeki sendiri/mStar
"Apabila tengok video viral dibuli macam ni... dan terjadi pula pada ahli keluarga sendiri, memang cukup menyedihkan.
"Saya harap ibu bapa di luar sana pantau anak masing-masing. Didiklah mereka dengan sebaiknya.
"Didik mereka bahawa buli ni satu budaya yang tidak elok demi menjamin kesejahteraan masyarakat,” kata Shakirah.
Sementara itu rata-rata netizen turut melahirkan rasa kurang senang dengan insiden buli berkenaan.
Kata mereka ibu bapa seharusnya memantau atau anak masing-masing agar perkara tidak baik seperti itu terus berlaku.
 Add Image Caption Here
 Add Image Caption Here
 Add Image Caption Here
 Add Image Caption Here
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Piat je telinga budak ni. Aku memang geram kat makbapak yg xreti ajar anak. Rasa baik tampo makbapak dulu baru anak dia.  |
|
|
|
|
|
|
|
contoh budak yang patut kena sepak..
semoga mak bapak budak ni tak membiak dah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebak iols.. iols sendiri rasa nak nangis... |
|
|
|
|
|
|
|
Acah2 je marah anak yg jadi potential mat rempit tu.
Kang dah besar, kau marah, cenggitu ajelah dia |
|
|
|
|
|
|
|
Budak ni bila besar ada harapanjadi mat rempit tak pun mendadih |
|
|
|
|
|
|
|
Oh kesiannye..
Kalau bwk anak buah i trus je cakap tanak kalau part ambik gambar dgn org pkai kostume or clown..
Xfikir sgt yang kat dlm maybe org oku or kurang bernasib baik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Budak yg membuli ni dah besor esok ada chances tggi jd penjenayah. Menipu pulak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian nya. Susah nak ajar budak2 kecik yg nakal ni. Lagi2 klau ibubapa budak2 tu pun kurang prihatin. Mcm anak Kak Long 7E tu dulu. Budak2 belajar dari org dewasa |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah besar confirm jadi sampah masyarakat. Kecik2 dah nampak jadi apa |
|
|
|
|
|
|
|
Anak setan mana lah ni |
|
|
|
|
|
|
|
iols kan kalau jumpa bebudak degil gini, iols akan lalu sebelah dia sambil tackle kaki dia sampai jatuh baru padan muka ngko  |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tersiar gambar ni, harap siar gambar mak pak pula..
Anak contoh didikan ibubapa gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah2 mak bapak pun pembuli sbb tu x didik.anak baik2..mana2 manusia yg perangai x semenggah tu hrp2 koramg x membiak atau membiak byk2..lahirkan generasi yg fuck.up je nanti |
|
|
|
|
|
|
| |
|