CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aman Graseka Bangga Anak Ada Bakat Main Bola Sepak

10-8-2022 03:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3815| Komen: 25|Original author: Tatod

Sumber Harian Metro


Pelakon, Aman Graseka, 54, meluahkan rasa gembira apabila anaknya, Muhamad Firaz Iqbal yang menuntut di Sekolah Kebangsaan Kuala Merah, Kuala Ketil di Kedah mempunyai bakat luar biasa dalam permainan bola sepak.

Memetik laporan Harian Metro, kata aktor itu, bakat Firaz sudah mula dikesan seawal usianya empat tahun lagi.

"Ketika berusia enam tahun, ibunya membawa Firaz Iqbal ke Stadium Darulaman untuk menyaksikan perlawanan antara Kedah dan Selangor.


Sumber Harian Metro

"Apabila dia melihat Badrol Bakhtiar bermain, dari situ minatnya semakin bercambah untuk mendalami bidang sukan bola sepak ini.

"Sejak itu, dia mula menonton di TV permainan pasukan bola sepak dari luar negara. Idolanya sejak dari itu pemain dari kelab-kelab luar negara seperti Ronaldo, Messi dan Neymar," katanya.

Kata Aman lagi, pilihan utama Firaz ialah Ronaldo dan sentiasa mengikuti perkembangan idolanya dan memakai jersi nombor tubuh.

Aman mula menghantar anaknya memasuki Kelab Soccer Kids Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani sejak usianya 10 tahun dan kini sudah dua tahun mengasah bakat di kelab itu.


"Kelab ini banyak mengadakan perlawanan persahabatan. Negeri paling jauh yang dia pernah main ialah berlawan dengan pelapis JDT.

"Posisinya ialah penyerang dan sayap kiri. Dalam perlawanan persahabatan lain di Pematang Rawa, Pulau Pinang, kelab ini muncul juara," katanya.

Beberapa minggu lalu, Firaz terpilih mewakili MSSD Baling ke peringkat MSSK Kedah ke kejohanan peringkat umur 12 tahun.

Aman menyifatkan minat anaknya untuk bermain bola sepak itu datang sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote reporter_kalut 10-8-2022 08:28 PM
Sepak bola ok le.. Jgn bakat sepak org
Quote dua_chzy 10-8-2022 08:32 PM
Wah. Dah begini ya rupa hero pujaan Malaysia dulu2.
Quote Belibis 10-8-2022 08:57 PM
dua_chzy: Wah. Dah begini ya rupa hero p ...

Siapa kata umur hanyalah angka..perhatikan wajah2 popular dulu dan sekarng.
Quote fadz84 10-8-2022 09:08 PM
Aman Graseka ni kerabat kan? Ada Raja pangkal nama dia klu x silap.. artikel atas ni xde plk letak pngkal Raja kat nama anaknya..
Quote Acikgomen 10-8-2022 09:40 PM
fadz84 replied at 10-8-2022 09:08 PM
Aman Graseka ni kerabat kan? Ada Raja pangkal nama dia klu x silap.. artikel atas ni xde plk letak p ...

Anak tiri lettewwwww
Quote kuchenta_81 10-8-2022 09:51 PM
Ni anak yang mana pulak? Tahu dengan Mas Idayu je.
Quote rosannazmia 10-8-2022 09:56 PM
Anak tiri kan?berderet jualah bila bergabung..
Quote hzln 10-8-2022 11:12 PM
Bini dia ni menikoh umo berapa, dah ada anak umo 12 taun
Quote Shayang 10-8-2022 11:16 PM
Jap rasa mcm baru je lagi kawen pastu aritu yg bini dia nak beranak tu ank no 2 ya? Kira anak yg sulong dorang dah sekolah ke?
Quote Nenasketum 10-8-2022 11:17 PM
fadz84 replied at 10-8-2022 09:08 PM
Aman Graseka ni kerabat kan? Ada Raja pangkal nama dia klu x silap.. artikel atas ni xde plk letak p ...

Dia ni kalau tak silap sepupu Nazrin Shah. Sultan Deris punya lineage sama dengan bapuk muay thai.
Quote Shayang 10-8-2022 11:18 PM
Acikgomen replied at 10-8-2022 09:40 PM
Anak tiri lettewwwww

Lah anak tiri, tak marah ke bapak kandung budak tu dia mcm beria2 cerita.
Quote che-cikL 10-8-2022 11:31 PM
Nampak berlemuihh ya budak2 macam maknya
Quote dudaberhias 10-8-2022 11:35 PM
ya ampun selera plak bininya yach... tapi tak terkejut la sebab bininya pun rhoper biasa2...

kalau iols memang terkejut la bangun pagi tiba2 ada hair extension blonde kat sebelah....
Quote faraway1 11-8-2022 01:45 AM
Pepatah hensem hensem dahulu hodoh hodoh kemudian gitu, potong janggut hodoh tu please
Quote bottombikini 11-8-2022 08:25 AM
ni anak yg mana pulak
rasa mcm baru je baca dia takde sen balik kedah dok kg bini dia yg muda belia tu masa pkp
Quote bottombikini 11-8-2022 08:25 AM
ni anak yg mana pulak
rasa mcm baru je baca dia takde sen balik kedah dok kg bini dia yg muda belia tu masa pkp
Quote MarryPottet 11-8-2022 08:44 AM
Retis kerrrr anak tiri pacit ni?
Quote mrs_adr 11-8-2022 08:46 AM
laa ingtkan dia kawen anak dara... beria sgt si bini gaduh ngn anak tiri...
Quote moonela 11-8-2022 09:00 AM
dua_chzy replied at 10-8-2022 08:32 PM
Wah. Dah begini ya rupa hero pujaan Malaysia dulu2.

Dedi Edika tetap menten kann ?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.105265 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top