JAKARTA – Sepasang pengantin di wilayah Jawa Barat yang pernah tular kerana mempunyai jarak perbezaan usia mencecah 46 tahun dilaporkan telah bercerai hanya dua bulan selepas mendirikan rumah tangga, lapor laman berita Kompas.
Sondani, 65, pada 18 Mei lalu berkahwin dengan seorang gadis, Fia Barlanti yang baru berusia 19 tahun. Perkahwinan mereka menjadi tular bukan sekadar disebabkan oleh jarak usia, bahkan kerana Sondani menyerahkan mas kahwin berjumlah 500 juta rupiah (RM150,045). Bagaimanapun, menurut satu hantaran di laman Instagram, Sondani dan Fia dikatakan telah berpisah.
Perkara itu diberitahu oleh seorang individu yang mendakwa bahawa dia merupakan jiran pasangan tersebut. “Perkahwinan mereka cuma bertahan selama dua bulan dan kini telah bercerai. Mereka merupakan jiran saya. “Terlalu pantas (bercerai). Kasihan si datuk (Sondani) kerana dia sedang sakit,” kata individu tersebut. Ketika berkahwin dengan Fia, Sondani dilaporkan memberikan mas kahwin berjumlah 500 juta rupiah (RM150,045), sebuah rumah, kereta dan membawa keluarga isterinya menunaikan umrah. -CARI Sumber: Kosmo
|
prettyuglybabe replied at 10-8-2022 11:44 AM
tak bijak bini tu..
duit ada upah je la orang jaga..
kau relax je jadi tai tai..
liton replied at 10-8-2022 12:33 PM
Aku doakan laki frika kena kifarah sebab kahwin betina indon sebab bini sakit. Laki dia sakit lebih ...
green~tea replied at 10-8-2022 12:46 PM
i doakan bini pertama tu panjang umur nya... kaut pencen laki jusa c minus... semoga sheols bertah ...
Bahagian Pencen JPA
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahera,
Info PERSARAAN 101:
Tajuk: JIKA ADA 2 ISTERI, BAGAIMANA PEMBAHAGIAN PENCEN DIBUAT SETELAH SUAMI (PESARA) MENINGGAL DUNIA?
Soalan:
Nama saya Nadia. Suami saya seorang pesara Kerajaan. Beliau telah bersara pada tahun 2010. Kami telah berkahwin pada tahun 1992 dan telah dikurniakan 2 orang puteri yang kini berumur 17 tahun dan 19 tahun.
Untuk makluman, suami saya baru sahaja meninggal dunia pada Sabtu yang lalu setelah seminggu terlantar di Hospital Kuala Lumpur akibat radang paru-paru.
Baru-baru ini, saya telah mendapat makluman bahawa arwah suami mempunyai isteri kedua yang tinggal di utara tanahair. Mereka telahpun berkahwin pada tahun 2006 dan hasil perkahwinan tersebut dikatakan telah mempunyai 3 orang anak. Saya amat-amat terkilan kerana arwah suami tidak pernah menceritakan hal ini kepada saya.
Soalan saya, adakah balu ke 2 ini juga layak memohon pencen terbitan suami saya? Jika ya, sampai bila??????
Adakah anak hasil perkahwinan ke dua ini juga layak menerima pencen suami saya?? Sebelum mereka berkahwin, isteri keduanya itu merupakan seorang janda yang telah mempunyai seorang anak, anak tiri tersebut pun layak ke????
Bagaimana dengan pembahagian pencen tersebut? Cara pengiraannya??
Sepatutnya saya la yang dapat lebih kan, sebab saya isteri pertamanya? Selama 6 bulan sejak suami saya sakit, sayalah yang menjaganya.
Tolong ya Encik.. Tolong lah berikan penjelasan terhadap persoalan saya di atas ini. Serabut perut dah ni... huhuhu
Jawapan:
Terima kasih kerana menghubungi pihak kami.
Puan, pertamanya kami ingin ucapkan takziah atas pemergian suami puan.
Puan, untuk makluman, Pencen Terbitan merupakan suatu faedah persaraan yang dibayar setiap bulan kepada balu atau duda, dan anak anggota berpencen (mati dalam perkhidmatan) atau pesara yang telah meninggal dunia (mati dalam persaraan).
Formula perkiraan Pencen Terbitan adalah sama dengan formula yang digunakan bagi Pencen Perkhidmatan.
Kadar bayaran pencen terbitan adalah mengikut pembahagian syer berikut :
a) Balu/Balu-balu/Duda : 2 syer bagi tiap-tiap seorang
b) Anak-anak : 1 syer bagi tiap-tiap seorang anak.
Pencen terbitan ini layak dituntut oleh:
- balu/balu-balu/duda
- anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun
**ibu bapa gemulah (si mati) tidak layak menerima pencen terbitan
Bagi menjawab persoalan puan di atas, inilah jawapan-jawapannya:
1. Adakah balu ke 2 ini juga layak memohon pencen terbitan suami saya? Jika ya, sampai bila?
Jawapan: Ya, jika dapat dibuktikan bahawa perkahwinan tersebut dilangsungkan secara sah, maka isteri kedua juga layak menuntut pencen terbitan tersebut.
*** dalam kes ini, kedua-dua isteri dikahwini oleh gemulah semasa gemulah masih sedang berkhidmat, oleh itu, kedua-duanya layak menerima pencen terbitan tersebut sepanjang hayat, tiada had tempoh, tiada susutan kadar pencen, walaupun balu-balu ini berkahwin semula dengan suami baharu di masa akan datang.
2. Adakah anak hasil perkahwinan ke dua ini juga layak menerima pencen suami saya?
Jawapan: Ya, setiap anak di bawah umur 21 tahun termasuklah anak kandung, anak tiri atau anak angkat (yang telah didaftarkan) layak menuntut pencen terbitan tersebut
*** sekiranya pesara mempunyai anak yang cacat otak atau anak yang hilang upaya jasmani, cacatnya kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, maka anak cacat ini layak menerima pencen terbitan sepanjang hayatnya.
3. Adakah sepatutnya saya yang dapat lebih pencen terbitan tersebut sebab saya isteri pertamanya?
Jawapan: Tidak semestinya. Pembahagian pencen terbitan dibuat mengikut formula perkiraan dan pembahagian syer sepertimana mengikut kelayakan yang ditetapkan.
4. Bagaimana pembahagian pencen terbitan tersebut dibuat?
Jawapan: Untuk menjawab soalan ini, kami sertakan contoh bagaimana perkiraan pencen terbitan dibuat sekiranya gemulah (si mati) meninggalkan 2 orang balu dan 5 orang anak dengan kadar pencen bulanannya RM1,000. Sila rujuk kepada gambarajah yang dilampirkan ini.
Semoga penjelasan ini dapat membantu pemahaman puan berkenaan isu pencen terbitan ini.
***Mohon LIKE dan SHARE post ini kepada rakan-rakan anda yang merupakan penjawat awam, bakal pesara, pesara, anak pesara, isteri pesara, bakal isteri, mak pak mertua, jiran sebelah, jiran sekampung, group whatsapp, group reunion sekolah, group ofismate, group zumba, group ngaji, group berzanji, group che kiah, group surau, group bawang meletops dan sebagainya supaya maklumat ini dapat disampaikan untuk pengetahuan semua.
Yang OHSEM,
ADMIN
green~tea replied at 10-8-2022 12:46 PM
i doakan bini pertama tu panjang umur nya... kaut pencen laki jusa c minus... semoga sheols bertah ...
ADVERTISEMENT