CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3949|Reply: 70

Jutawan Tua Kahwini Gadis 19 Tahun- Baru Dua Bulan Dah Ditinggalkan Sebab Sakit

[Copy link]
Post time 10-8-2022 10:22 AM | Show all posts |Read mode
JAKARTA – Sepasang pengantin di wilayah Jawa Barat yang pernah tular kerana mempunyai jarak perbezaan usia mencecah 46 tahun dilaporkan telah bercerai hanya dua bulan selepas mendirikan rumah tangga, lapor laman berita Kompas.


Sondani, 65, pada 18 Mei lalu berkahwin dengan seorang gadis, Fia Barlanti yang baru berusia 19 tahun.


Perkahwinan mereka menjadi tular bukan sekadar disebabkan oleh jarak usia, bahkan kerana Sondani menyerahkan mas kahwin berjumlah 500 juta rupiah  (RM150,045).


Foto: Kompas




Bagaimanapun, menurut satu hantaran di laman Instagram, Sondani dan Fia dikatakan telah berpisah.


Perkara itu diberitahu oleh seorang individu yang mendakwa bahawa dia merupakan jiran pasangan tersebut.


“Perkahwinan mereka cuma bertahan selama dua bulan dan kini telah bercerai. Mereka merupakan jiran saya.


“Terlalu pantas (bercerai). Kasihan si datuk (Sondani) kerana dia sedang sakit,” kata individu tersebut.


Ketika berkahwin dengan Fia, Sondani dilaporkan memberikan mas kahwin berjumlah 500 juta rupiah (RM150,045), sebuah rumah, kereta dan membawa keluarga isterinya menunaikan umrah. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknyalah tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 11:00 AM | Show all posts
Memang mencari isteri untuk jaga ketika sakit.. hurrrm duit tak boleh beli kebahagiaan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Cari perempuan tua bibik lah
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa gambar pergi umrah tu pun
Si isteri muka suram
Memang macam pergi dengan atok
Kalau pacik ni jaga badan helok takpe juga
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 11:14 AM | Show all posts
bijak perempuan tu, jadi janda kaya. pakcik oi duit 100k tu kalau amik bibik upah dia utk jaga smpi mati pon takkan kosnya sampai banyak itu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2022 11:17 AM | Show all posts
what do u expect....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 11:26 AM | Show all posts
friska friska... kat negara sendirik pon buat perangai
mestila suram, umur 19 tahun badan berbau wangi spray latest perfume edisi terkini
atuk 65 asikla bau minyak gamat, minyak angin, minyak dhab....
hahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 11:28 AM | Show all posts
biar xhensem janji kaya
biar tua janji kaya

-Atok SSNK -
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 11:44 AM | Show all posts
tak bijak bini tu..
duit ada upah je la orang jaga..
kau relax je jadi tai tai..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sgt bijak adek manis ini...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Hapoo..duit byk upah hospice care aje la tokk kalo dh sakit2 tuu.. Ke wat bini sbb dpt skali pekej poen?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku doakan laki frika kena kifarah sebab kahwin betina indon sebab bini sakit. Laki dia sakit lebih dari madu friska sampai jadi sayur.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 12:34 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 10-8-2022 11:44 AM
tak bijak bini tu..
duit ada upah je la orang jaga..
kau relax je jadi tai tai..

Mungkin atok tu xnak bayar bibik, nak bini yg jaga dia. Bini xmo. Itu yg bercerai.

Janda kayo..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 12:45 PM | Show all posts
apsallllll dah tua kerepot dah ada penyakit pun gigih nak kawen lg..

sebenarnya nak MAID FREE je kan.. buat bini jadi kulibatak...

lahanatttttttttttttttttttttttttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 12:46 PM | Show all posts
liton replied at 10-8-2022 12:33 PM
Aku doakan laki frika kena kifarah sebab kahwin betina indon sebab bini sakit. Laki dia sakit lebih  ...

i doakan bini pertama tu panjang umur nya... kaut pencen laki jusa c minus... semoga sheols bertahan jadi wife hingga mati nya tok laki tu.. pencen ni mmg 1 nama je boleh dapat.. takleh bahagi2

pastu friskies yang tukang jaga laki sayur tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita indon caprut.


Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 01:29 PM | Show all posts
green~tea replied at 10-8-2022 12:46 PM
i doakan bini pertama tu panjang umur nya... kaut pencen laki jusa c minus... semoga sheols bertah ...






Bahagian Pencen JPA

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahera,

Info PERSARAAN 101:

Tajuk: JIKA ADA 2 ISTERI, BAGAIMANA PEMBAHAGIAN PENCEN DIBUAT SETELAH SUAMI (PESARA) MENINGGAL DUNIA?

Soalan:

Nama saya Nadia. Suami saya seorang pesara Kerajaan. Beliau telah bersara pada tahun 2010. Kami telah berkahwin pada tahun 1992 dan telah dikurniakan 2 orang puteri yang kini berumur 17 tahun dan 19 tahun.

Untuk makluman, suami saya baru sahaja meninggal dunia pada Sabtu yang lalu setelah seminggu terlantar di Hospital Kuala Lumpur akibat radang paru-paru.

Baru-baru ini, saya telah mendapat makluman bahawa arwah suami mempunyai isteri kedua yang tinggal di utara tanahair. Mereka telahpun berkahwin pada tahun 2006 dan hasil perkahwinan tersebut dikatakan telah mempunyai 3 orang anak. Saya amat-amat terkilan kerana arwah suami tidak pernah menceritakan hal ini kepada saya.

Soalan saya, adakah balu ke 2 ini juga layak memohon pencen terbitan suami saya? Jika ya, sampai bila??????

Adakah anak hasil perkahwinan ke dua ini juga layak menerima pencen suami saya?? Sebelum mereka berkahwin, isteri keduanya itu merupakan seorang janda yang telah mempunyai seorang anak, anak tiri tersebut pun layak ke????

Bagaimana dengan pembahagian pencen tersebut? Cara pengiraannya??

Sepatutnya saya la yang dapat lebih kan, sebab saya isteri pertamanya? Selama 6 bulan sejak suami saya sakit, sayalah yang menjaganya.

Tolong ya Encik.. Tolong lah berikan penjelasan terhadap persoalan saya di atas ini. Serabut perut dah ni... huhuhu

Jawapan:

Terima kasih kerana menghubungi pihak kami.

Puan, pertamanya kami ingin ucapkan takziah atas pemergian suami puan.

Puan, untuk makluman, Pencen Terbitan merupakan suatu faedah persaraan yang dibayar setiap bulan kepada balu atau duda, dan anak anggota berpencen (mati dalam perkhidmatan) atau pesara yang telah meninggal dunia (mati dalam persaraan).

Formula perkiraan Pencen Terbitan adalah sama dengan formula yang digunakan bagi Pencen Perkhidmatan.

Kadar bayaran pencen terbitan adalah mengikut pembahagian syer berikut :

a) Balu/Balu-balu/Duda : 2 syer bagi tiap-tiap seorang

b) Anak-anak : 1 syer bagi tiap-tiap seorang anak.

Pencen terbitan ini layak dituntut oleh:
- balu/balu-balu/duda
- anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun

**ibu bapa gemulah (si mati) tidak layak menerima pencen terbitan

Bagi menjawab persoalan puan di atas, inilah jawapan-jawapannya:

1. Adakah balu ke 2 ini juga layak memohon pencen terbitan suami saya? Jika ya, sampai bila?

Jawapan: Ya, jika dapat dibuktikan bahawa perkahwinan tersebut dilangsungkan secara sah, maka isteri kedua juga layak menuntut pencen terbitan tersebut.

*** dalam kes ini, kedua-dua isteri dikahwini oleh gemulah semasa gemulah masih sedang berkhidmat, oleh itu, kedua-duanya layak menerima pencen terbitan tersebut sepanjang hayat, tiada had tempoh, tiada susutan kadar pencen, walaupun balu-balu ini berkahwin semula dengan suami baharu di masa akan datang.

2. Adakah anak hasil perkahwinan ke dua ini juga layak menerima pencen suami saya?

Jawapan: Ya, setiap anak di bawah umur 21 tahun termasuklah anak kandung, anak tiri atau anak angkat (yang telah didaftarkan) layak menuntut pencen terbitan tersebut

*** sekiranya pesara mempunyai anak yang cacat otak atau anak yang hilang upaya jasmani, cacatnya kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, maka anak cacat ini layak menerima pencen terbitan sepanjang hayatnya.

3. Adakah sepatutnya saya yang dapat lebih pencen terbitan tersebut sebab saya isteri pertamanya?

Jawapan: Tidak semestinya. Pembahagian pencen terbitan dibuat mengikut formula perkiraan dan pembahagian syer sepertimana mengikut kelayakan yang ditetapkan.

4. Bagaimana pembahagian pencen terbitan tersebut dibuat?

Jawapan: Untuk menjawab soalan ini, kami sertakan contoh bagaimana perkiraan pencen terbitan dibuat sekiranya gemulah (si mati) meninggalkan 2 orang balu dan 5 orang anak dengan kadar pencen bulanannya RM1,000. Sila rujuk kepada gambarajah yang dilampirkan ini.

Semoga penjelasan ini dapat membantu pemahaman puan berkenaan isu pencen terbitan ini.

***Mohon LIKE dan SHARE post ini kepada rakan-rakan anda yang merupakan penjawat awam, bakal pesara, pesara, anak pesara, isteri pesara, bakal isteri, mak pak mertua, jiran sebelah, jiran sekampung, group whatsapp, group reunion sekolah, group ofismate, group zumba, group ngaji, group berzanji, group che kiah, group surau, group bawang meletops dan sebagainya supaya maklumat ini dapat disampaikan untuk pengetahuan semua.

Yang OHSEM,
ADMIN
https://www.facebook.com/myjpa/posts/tajuk-jika-ada-2-isteri-bagaimana-pembahagian-pencen-dibuat-setelah-suami-pesara/10156536642256910/
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 10-8-2022 12:46 PM
i doakan bini pertama tu panjang umur nya... kaut pencen laki jusa c minus... semoga sheols bertah ...

amek ha. pjg lebar dh die explain psl pencen
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
namieamuro replied at 10-8-2022 01:33 PM
amek ha. pjg lebar dh die explain psl pencen


Defensive tu.... ada lah sebab nya kannnn

iols doakan madu friskies jusa c minus umurnya panjang sampai 100 tahun, menikmati pencen arwah suami

@cilipadisedap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.408040 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list