Peminat industri hiburan tanah air pasti mengenali penyanyi terkenal dari Indonesia, Krisdayanti yang juga merupakan salah seorang teman baik Datuk Seri Siti Nurhaliza. Baru-baru ini, namanya hangat disebut netizen gara-gara menepis tangan pegawai peribadi kerana menghalang seorang peminat untuk bergambar dengannya.
Meskipun situasi ketika itu dia dikelilingi peminat, Krisdayanti bagaimanapun tidak mempamerkan reaksi kurang selesa atau melarikan diri daripada orang ramai yang mahu bergambar. Sebaliknya, penyanyi lagu Dalam Kenangan itu terus melayan permintaan peminat yang setia menunggu. Tindakan Krisdayanti melayan baik peminat itu lantas menerima pujian ramai dan rata-rata menyifatkannya sebagai artis yang tidak sombong. "Krisdayanti memang seorang artis yang ramah dan tidak sombong terutama ketika diminta untuk bergambar bersama. "Senyumannya tidak pernah lekang meskipun sekadar berjalan-jalan di dalam pusat beli-belah dan suka bertegur sapa dengan mereka yang menemuinya," kata peminat. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT