CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Letak Vape Pada Mulut Bayi Ditahan

8-8-2022 11:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2002| Komen: 19

Seorang peniaga berusia 23 tahun ditahan polis kerana meletakkan vape ke mulut seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan sehingga rakaman tular dalam media sosial, baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, lelaki tersebut ditahan di sekitar bandar raya ini pada pukul 12.45 tengah hari tadi dan suspek akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman, esok.


Tangkap layar rakaman video lelaki letak vape pada mulut bayi perempuan berusia tujuh bulan.

“Pihak polis menerima laporan kejadian oleh pengadu, yang merupakan ibu kepada bayi terbabit pada pukul 2.56 petang, kelmarin. Menurut laporan berkenaan, pengadu sedang makan di sebuah restoran di Bandar Baru Uda bersama-sama anaknya, adik perempuan dan rakan lelaki adik perempuannya yang merupakan suspek dalam kejadian tersebut.


“Secara tiba-tiba, suspek yang sedang memangku bayi berkenaan dengan niat bergurau meletakkan vape yang tidak berfungsi di mulut bayi itu manakala kejadian dirakam adik perempuan pengadu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Rakaman berdurasi 15 saat tersebut kemudian dimuat naik oleh adik pengadu ke dalam laman sosialnya sebelum menjadi tular dan mendapat kecaman daripada masyarakat.

“Sehubungan itu, polis membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian ini mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” jelasnya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 8-8-2022 11:53 PM
Begitulah manusia jadi bodoh di media sosial
Quote Carcosa 9-8-2022 01:00 AM
Edited by Carcosa at 9-8-2022 01:01 AM

Tak. Mak si baby ni, masa kejadian, ada kat situ kan?
Meols tgk video tu, tapi tak bukak suara. So taktau ada gelak2 ke tak? Tapi mak si baby yg buat laporan polis. Abis, masa anjing keparat tu letak vape, kau diam je ke? Bf adik kau je pun kan? Ke kau sama2 gelak??? Kalau aku anak aku kena buat gitu dgn bf adik aku, mau tercacak vape tu dkt bijik mata jantan babi tu. Faham tak?? Seorang mak yg WAJIB membela nasib bayinya. Kalau bukan kau, siapa?!
Baby tu nak bangun sendiri?
Quote dua_chzy 9-8-2022 01:03 AM
ultra78 replied at 8-8-2022 03:53 PM
Begitulah manusia jadi bodoh di media sosial

Hnngh.

Manusia2 bodoh ni pula senang beranak pinak berbanding yang cerdii bijak macam Mizz Nina.
Quote jari10 9-8-2022 01:25 AM
Edited by jari10 at 9-8-2022 01:30 AM
Carcosa replied at 9-8-2022 01:00 AM
Tak. Mak si baby ni, masa kejadian, ada kat situ kan?
Meols tgk video tu, tapi tak bukak suara. So t ...

“Pihak polis menerima laporan kejadian oleh pengadu, yang merupakan ibu kepada bayi terbabit pada pukul 2.56 petang, kelmarin. Menurut laporan berkenaan, pengadu sedang makan di sebuah restoran di Bandar Baru Uda bersama-sama anaknya, adik perempuan dan rakan lelaki adik perempuannya yang merupakan suspek dalam kejadian tersebut.”


Paragraph ini ada jawapan pd kemusykilan kita2 ni
Aku syak mak baby ni report sebab vid ni dah viral..takut kena kecam la tu kotttt?? Walhal klu ikut report kat atas yg aku bold itu dia pun ada bersekali!

Mmg terserlah bodo mereka yg terlibat.. tak kira la vape tu function ke tidak..tp surely tak hygienic ya entah bekas siapa2 hisap ..letak entah kat mana2 euwwwww
Quote kaishi 9-8-2022 01:30 AM
Haaiihhhhh...

Bodo tu jangan di undang...
Quote azimodin 9-8-2022 08:22 AM
Bodoh. Tolong la bagi hukuman berat atas kezaliman terhadap kanak-kanak. Bagi la 10 sebatan, penjaga 10 tahun. Baru sedar langit tinggi ke rendah.
Quote Friska 9-8-2022 08:25 AM
Rasain kau. biar kapok kau, stress saya nonton bideo anak balita dikasi vape.
Quote Friska 9-8-2022 08:40 AM




Ini pacar dia yang ngerekam bideo. Masih pacaran sok bilang abi... abi..

[twitter]https://twitter.com/fanaizty/status/1555532754380500993[/twitter]
Quote Friska 9-8-2022 08:48 AM
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid
Nama Pak Polisi itu Rupiah, mata uang Indonesia. Pasti orang tuanya keturunan Indonesia.
Quote batu kikir 9-8-2022 08:50 AM
Tak do kojo cari kojo.
Bangang nak mampuih mak ayah eh.
Quote eragon 9-8-2022 09:37 AM
Vape haram
Quote ketambangkang 9-8-2022 10:24 AM
aku sangka baik masa kejadian mak baby tu gi basuh tangan kat sinki..tak pon gi kaunter mintak tisu
Quote MadameOnion 9-8-2022 11:36 AM
dak dak tiktok bodoh tongong berair puks nak kawen..ni la jadinya..yg betina pun masa record kemain gelak2 seronok tengok lakinya buat camtu
Quote KamikuP 9-8-2022 11:42 AM
Friska: Nama Pak Polisi itu  Rupiah , mata uang Indonesia. Pasti orang tuanya keturunan Indonesia.

yE BENER GITU, kok polisinya kerjain di kantor polisi insuran yaa kaa?

Quote AshkieLa 9-8-2022 12:17 PM
Carcosa replied at 9-8-2022 01:00 AM
Tak. Mak si baby ni, masa kejadian, ada kat situ kan?
Meols tgk video tu, tapi tak bukak suara. So t ...

itulah... mungkinkah kejadian berlaku time mak dia pi basuh tangan, or amik lauk nasi campur?

Quote lattehazelnut 9-8-2022 02:31 PM
Friska: Nama Pak Polisi itu Rupiah, ma ...

Nama perempuan lah rupeah tapi dia eja rupiah.. nama melayu classic..
Quote Carcosa 9-8-2022 10:28 PM
jari10 replied at 9-8-2022 01:25 AM
Paragraph ini ada jawapan pd kemusykilan kita2 ni
Aku syak mak baby ni report sebab vid ni dah v ...

Oooo Yelah kan. Mmg dia ada kat situ. So report police, sbb tak nak kena hencap and taknak kena gari la?
Ada yg kata, dlm video tu, ada suara gelak2 So adalah sekali mak dungu ni kan. Semoga tiga2 ni mereput mampos tak membiak dah
Quote delia3003 9-8-2022 10:42 PM
Kesian baby, dah ler comel. I bersangka baik dulu dgn ibu baby comel ni, maybe takde kat meja masa kejadian. Kalau tak, lagi bertambah kesian kat baby dapat mak yang jenis tak endah macam tu.
Quote KirazMevsimi 10-8-2022 11:06 AM
eee geram. selayaknya dicerca. duhai anak, moga awak membesar dengan akhlak yang baik dan sihat

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.104220 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top