|
Filem Jerangkung Dalam Almari berjaya meraih kutipan RM1 juta dalam tempoh empat hari tayangan sekali gus membuatkan penerbitnya, Raja Azmi bersyukur atas pencapaian itu.
"Alhamdulillah, syukur dan syukur yang tidak terhingga," tulisnya ringkas di Instagram. Raja Azmi dalam satu temubual sebelum ini mensasarkan filem terbabit mampu mencapai kutipan RM7 juta. "Kalau ditanya mengenai sasaran kutipan filem ini, paling tinggi saya berharap akan dapat kutipan RM7 juta. "Selepas ditolak separuh kutipan untuk pawagam, bayaran cukai dan kos pembikinan, selebihnya saya akan berikan bonus kepada mereka yang terbabit dalam filem ini," katanya.
|



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.088011 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.